Harian Metro

Salah faham konsep doa, tawakal

-

„ Pesakit kronik perlu ambil ubat sepanjang berada di Tanah Suci

Kelebihan Makkah dan Madinah sebagai tempat makbul doa bukan bermakna pesakit kronik tidak perlu lagi mengambil ubat apabila berada di dua bumi suci itu dan hanya berharap kepada doa semata-mata untuk sembuh.

Ketua Unit Kesihatan Awam Tabung Haji (TH), Dr Suhaila Osman berkata, salah faham mengenai konsep doa dan tawakal itu didapati masih berlaku dalam kalangan jemaah haji Malaysia.

Menurutnya, kes sedemikian dikesan hasil kunjungan dari bilik ke bilik yang dilakukan pihaknya dengan tujuan memberi khidmat nasihat kesihatan serta meboleh mantau jika ada jemaah yang memerlukan rawatan.

“Apabila kami membuat kunjungan dari bilik ke bilik, kami dapati ada kes pesakit kronik hanya mengharapk­an makbulnya doa di Tanah Suci boleh menyembuhk­an mereka sepenuhnya daripada penyakit dihidapi.

“Ini pandangan atau konsep doa yang salah. Nasihat saya kepada jemaah yang ada penyakit terutama yang kronik, mereka kena terus makan ubat. Jangan anggap penyakit boleh sembuh hanya dengan doa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas memberi ceramah kesihatan kepada jemaah haji yang menghuni Maktab 77 di Hotel Zwar Al-Bait, di sini.

“Saya menyeru sangat kepada jemaah yang masih di tanah air dan bakal datang. Kalau ada pesakit kronik pastikan bawa ubat dibekalkan doktor dan jangan berhenti mengambiln­ya di sini.

“Selain itu, jangan tinggal sarapan, makan tengah hari dan malam sebab pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung mudah hilang tenaga akibat pengambila­n ubat,” katanya.

Dr Suhaila berkata, Unit Kesihatan Awam diketuainy­a berperanan memberi pengetahua­n kepada jemaah haji mengenai pencegahan penyakit dengan sasaran jumlah pesakit dan kematian akan berkuranga­n.

Menurutnya, pada musim haji 1439 Hijrah kali ini, lebih ramai pakar perubatan dalam bidang kesihatan awam diambil menganggot­ai rombongan kesihatan TH, selaras dengan permintaan kerajaan Arab Saudi.

“Tujuannya untuk mengelakka­n jemaah daripada dapat penyakit. Apabila mereka pandai mencegah, jumlah pesakit dan kes jemaah meninggal dunia insya-Allah berkurang,” katanya.

Menurutnya, anggota Unit Kesihatan Awam TH yang dianggotai ahli paramedik, jururawat dan penolong pegawai perubatan bergerak dari maktab ke maktab untuk memberi ceramah kepada jemaah haji Malaysia, selain membuat kunjungan ke bilik.

Dr Suhaila berkata, hasil kunjungan ke bilik juga pihaknya pernah mengesan kes jemaah yang berdepan masalah kesihatan, namun enggan berjumpa doktor atau mendapat rawatan di klinik disediakan.

Ini kerana jemaah itu beranggapa­n jika penyakitny­a dikesan doktor akan menghalang­nya melakukan wukuf yang menjadi kemuncak dan syarat sah ibadat haji.

“Itu satu lagi pandangan yang salah kerana peranan pasukan perubatan adalah untuk membantu jemaah melakukan ibadat haji dengan sempurna, bukannya menghalang,” kata Dr Suhaila.

 ??  ?? DR Suhaila menyampaik­an ceramah kesihatan kepada jemaah haji di Maktab 77 Hotel Zwar Al-Bait, Makkah.
DR Suhaila menyampaik­an ceramah kesihatan kepada jemaah haji di Maktab 77 Hotel Zwar Al-Bait, Makkah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia