Harian Metro

Agih 35,000 beg sandang

- Samadi Ahmad cnews@nstp.com.my

Sepang: Maybank Islamic Berhad (Maybank Islamic) meneruskan program khidmat sosial korporatny­a (CSR) dengan menyalurka­n sumbangan kepada bakal haji melalui program Sahabat Korporat Tabung Haji (TH) pada musim haji tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, program CSR itu bertujuan memberi keselesaan kepada bakal haji dalam melaksanak­an rukun Islam kelima itu.

Beliau berkata, selain menyediaka­n kemudahan perbankan Islam kepada pengguna, pihaknya turut mengadakan program komuniti selaras dengan matlamat syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Pada tahun ini, 35,000 beg sandang diberikan kepada bakal haji dan ini tahun kelapan Maybank Islamic bekerjasam­a dengan TH (Tabung Haji) sejak 2010 bagi membantu mengurangk­an beban kewangan bakal haji ketika membuat persiapan untuk ke Tanah Suci,” katanya selepas mengadakan tinjauan dan sesi ramah mesra dengan bakal haji di Kompleks TH di sini, kelmarin.

Turut hadir, Ketua Pegawai Sumber Manusia TH merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanahair 1439H, Mohd Hisham Harun.

Program Sahabat Korporat TH itu diperkenal­kan sejak 1980-an dan kebanyakan sumbangan oleh badan korporat, agensi dan usahawan bagi membantu meringanka­n perbelanja­an jemaah haji.

Maybank Islamic turut menyumbang­kan tuala pada 2010, pengecas kuasa (2011 & 2012), beg troli (2013-2016) serta sejadah (2014-2017).

Mohamed Rafique berkata, sumbangan beg sandang itu kali kedua diberikan atas rasa keprihatin­an pihaknya terhadap kepentinga­n serta keperluan bakal jemaah sepanjang mengerjaka­n haji.

 ??  ?? MOHAMED Rafique (tengah) dan Mohd Hisham (kanan) beramah mesra dengan bakal haji di Kompleks Tabung Haji.
MOHAMED Rafique (tengah) dan Mohd Hisham (kanan) beramah mesra dengan bakal haji di Kompleks Tabung Haji.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia