Harian Metro

Masalah sakit lutut bukan halangan

-

Kota Kinabalu: Mengalami sakit lutut teruk tidak menghalang seorang wanita warga emas menunaikan ibadat haji tahun ini.

Disahkan mempunyai sakit lutut sejak lebih lima tahun lalu, Fatimah Mohd Eksah, 64, dari daerah ini berpeluang menjadi tetamu Allah bersama suaminya, Dahlan Tahir, 67.

Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, penyakit dialami itu bukan penghalang, malah menganggap ia dugaan buat dirinya sepanjang melaksanak­an ibadat di Tanah Suci.

“Saya menunggu panggilan selama 10 tahun untuk ke sana (Tanah Suci) sejak mula menyimpan wang pada tahun 2008.

“Sepanjang tempoh itu juga duit yang disimpan ada kalanya terpaksa dikeluarka­n sekiranya menghadapi masalah kewangan.

“Bagaimanap­un, saya dan suami tetap bersyukur kerana dapat melalui kesukaran sebelum ini dan akhirnya rezeki tetap milik kami apabila mendapat panggilan haji tahun ini,” katanya yang menetap di Taman Cerah, Menggatal.

Fatimah berkata, dia terpaksa menggunaka­n kerusi roda sepanjang berada di Tanah Suci bagi memudahkan dia dan suami melaksanak­an rukun Islam kelima itu.

Fatimah dan suami antara 1,145 jemaah haji Sabah tahun ini yang ke Tanah Suci dengan enam penerbanga­n secara keseluruha­nnya dari Sabah.

Penerbanga­n haji Sabah yang pertama ialah pada 29 Julai lalu manakala penerbanga­n akhir pada 13 Ogos ini.

 ??  ?? FATIMAH bersama suami, Dahlan antara 150 jemaah haji kumpulan pertama dari Sabah yang berlepas ke Tanah Suci Makkah.
FATIMAH bersama suami, Dahlan antara 150 jemaah haji kumpulan pertama dari Sabah yang berlepas ke Tanah Suci Makkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia