Harian Metro

Banteras judi hingga ke lubang cacing

- Penulis Timbalan Pendaftar Fakulti Kejurutera­an Universiti Putra Malaysia

Beberapa tindakan agresif diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini sebagai langkah membantera­s penularan judi haram wajar dipuji. Antaranya pasukan polis Kuala Lumpur sudah menubuhkan lapan pasukan khas bagi membantera­s kegiatan judi di sekitar ibu kota. Malah ketegasan Ketua Polis Negara sendiri yang dilaporkan mula mengambil tindakan ke atas ketua polis daerah yang gagal menangani judi haram juga dilihat menzahirka­n komitmen serius pihak berkuasa dalam soal ini.

Jelas judi haram sudah mula menimbulka­n pelbagai masalah dalam kalangan anggota masyarakat. Buktinya kesedaran orang ramai menyalurka­n maklumat operasi premis judi di kawasan mereka dikatakan terus meningkat setelah pihak polis memperkena­lkan talian hotline Bilik Gerakan Khas Judi sejak 20 Julai lalu. Walaupun jumlah serbuan dan sitaan ke atas premis judi, rampasan barangan dan wang ringgit serta tangkapan kaki judi dilihat meningkat secara mendadak, namun apa yang menyedihka­n ialah pada masa sama bilangan rakyat kita yang terjebak dalam masalah sosial ini juga kelihatan semakin bertambah dan mula merungsing­kan masyarakat. Tambah merisaukan apabila kemudahan teknologi dan Internet mula menjerat golongan remaja dan belia untuk turut bergeluman­g dalam kancah kemudarata­n ini.

Tidak keterlalua­n dikatakan pada hari ini pusat judi sudah mula menjadi lubok dan antara penyumbang utama kepada pelbagai masalah sosial yang merosakkan masyarakat kita. Taktik dan strategi licik pemilik premis yang menyediaka­n pelbagai kemudahan turut menjadi daya tarikan utama dan terus meningkatk­an bilangan kaki judi dalam masyarakat. Misalnya ada premis yang sanggup menawarkan perkhidmat­an berurut, makan, sauna dan tidur secara percuma dengan syarat pelanggan berjudi dalam tempoh lebih 24 jam. Penawaran pakej serba lengkap ini mula menjadi trend yang cukup merisaukan. Malah dilaporkan mesin judi juga semakin canggih dan lebih interaktif bagi melalaikan kaki judi untuk terus bermain judi dan itu belum lagi termasuk dengan tawaran kemenangan berlipat kali ganda hingga mencecah ribuan ringgit dengan modal yang sangat rendah.

Secara umumnya permainan judi dalam talian misalnya boleh membuat kita leka dan percayalah judi tidak pernah menjanjika­n kekayaan seperti yang mereka harapkan, namun sikap mudah percaya dan tamak untuk menjadi cepat kaya dengan jalan pintas menyebabka­n rakyat kita mudah terdorong mencuba nasib dan akhirnya ramai yang merana. Antaranya, ada yang sanggup meminjam daripada ceti haram atau along untuk bermain judi, ada yang menggadai barang kemas mahupun harta benda dan lebih teruk lagi ada yang sanggup mencuri atau meragut untuk melepaskan hajat masing-masing. Ini jelas merosakkan dan memudaratk­an masyarakat kita daripada pelbagai aspek. Kesan dan akibat daripada pengaruh judi juga dilihat semakin merisaukan. Misalnya ada yang sanggup mencederak­an ahli keluarga yang menegur, menghalang atau tidak mahu beri duit yang diperlukan semata-mata untuk meneruskan hasrat bermain judi.

Dalam hal ini ini timbul persoalan kenapa walaupun serbuan demi serbuan dibuat, premis judi tetap tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Malah premis yang pernah diserbu dan disita juga dikatakan berani beroperasi semula dan ada premis yang diserbu beberapa kali oleh pihak berkuasa terus degil dan beroperasi lagi. Apakah ini menunjukka­n mereka terlalu kebal untuk diambil tindakan, mempunyai rangkaian perhubunga­n dan perniagaan yang terlalu besar dan kuat sehingga sukar untuk dibanteras atau hukuman kita masih tidak setimpal dan menakutkan mereka? Justeru kita harap jika ada sebarang isu ketirisan atau integriti dalam soal ini membabitka­n pihak penguat kuasa diharap ia dapat ditangani dengan segera supaya usaha dan inisiatif untuk membantera­s kegiatan judi ini dapat dilaksanak­an dengan lancar dan berkesan.

Pihak berkuasa perlu melihat isu ini lebih serius dengan strategi jangka panjang yang lebih berkesan. Perlu ada kerjasama strategik yang jitu antara polis dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi lain agar segala perancanga­n dan operasi dapat dilaksanak­an dengan baik. Betul dalam keadaan teknologi yang serba canggih ini adakalanya memang terlalu sukar untuk mengenalpa­sti dan menyerbu premis yang menawarkan perkhidmat­an judi dalam talian namun itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti atau berputus asa.

Perubahan modus operandi pengusaha judi misalnya daripada kedai ke rumah dan sebagainya sewajarnya mematangka­n kita juga untuk mempelbaga­ikan kaedah dan strategi taktik serbuan dan tangkapan agar kita terus menekan mereka dari segala sudut supaya menutup dan menghentik­an operasi mereka. Apapun kita tetap yakin dan percaya pihak berkuasa negara ini mampu melakukann­ya dengan strategi lebih ampuh.

Dalam pada itu penulis juga percaya peningkata­n premis yang menawarkan perniagaan dan perkhidmat­an perjudian ini turut berpunca daripada anggota masyarakat itu sendiri. Formula mudah adalah mana mungkin ada penawaran tanpa permintaan. Jadi peningkata­n bilangan pusat judi secara prinsipnya berpunca daripada peningkata­n bilangan kaki judi yang terus menagih peluang untuk cepat kaya dengan jalan pintas. Jadi kita berharap masyarakat juga dapat memainkan peranan penting supaya dapat menyekat penularan gejala ini dalam keluarga masing-masing agar tidak terus merosakkan keluarga dan juga masyarakat. Anggota masyarakat perlu terus bergabung tenaga dan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa agar sama-sama dapat membantera­s kegiatan judi di negara kita secara menyeluruh.

Cukup-cukuplah segala kerosakan dan kemudarata­n yang dibawa oleh pusat judi dan juga kaki judi dalam masyarakat kita. Kita tidak mahu isu seperti ini terus menghantui rakyat dan negara kita dengan tambahan pelbagai lagi masalah sosial yang lain. Sama-samalah kita bertekad membantera­s aktiviti judi haram ini hingga ke lubang cacing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia