Harian Metro

Berbuat baik kepada bukan Islam

- Penulis Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor di Universiti Putra Malaysia Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah penduduk Malaysia pada 2018 mencapai 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuha­n penduduk tahunan sebanyak 1.1 peratus.

Analisis penduduk warganegar­a mengikut kumpulan etnik pula mendapati, penduduk Bumiputera seramai 20.07 juta (69.1 peratus) diikuti penduduk Cina seramai 6.69 juta (23 peratus), India

2.01 juta (6.9 peratus) dan lain-lain 0.29 juta (1 peratus).

Bumiputera, Cina dan India membentuk kelompok terbesar penduduk Malaysia.

Kepelbagai­an agama, etnik dan budaya di Malaysia yang unik ini menuntut rakyatnya sentiasa berbuat baik dan adil dalam hubungan mereka bagi menjamin keharmonia­n negara ini.

Berbuat baik adalah satu daripada dasar Islam dalam hubungan etnik. Islam mengajar manusia berbuat baik sesama manusia kerana semuanya berasal daripada manusia pertama iaitu Nabi Adam.

Seperti dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Kami memuliakan anak cucu Adam.” (Surah alIsra’, ayat 70)

Islam juga memerintah­kan manusia berbuat baik dan adil kerana ia menjadi dasar utama dalam berinterak­si antara seorang Muslim dengan bukan Islam yang lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangim­u kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhn­ya Allah menyukai orangorang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahanah, ayat 8)

Ayat itu diturunkan untuk menjawab satu peristiwa apabila Asma’ binti Abi Bakar RA yang ibunya bernama Qatilah binti ‘Abdil ‘Uzza yang bukan Islam ingin menziarahi­nya.

Beliau berkata: “Ibuku mendatangi­ku dan dia sangat ingin aku menyambung hubungan dengannya.

Kemudian aku bertanyaka­n kepada Nabi SAW, bolehkah aku tetap menjalin hubungan dengannya?

Baginda pun menjawab, “Ya boleh”. Nabi SAW menyuruh Asma’ untuk menerima hadiah pemberian ibunya dan mengizinka­n ibunya memasuki rumahnya.

Jelas, Islam mengajarka­n prinsip toleransi iaitu hendaklah setiap Muslim berbuat baik kepada sesiapa saja selama tidak ada kaitannya dengan hal agama.

Ibnu Kathir menjelaska­n, “Allah tidak melarang kalian berbuat baik kepada bukan Islam yang tidak memerangi kalian seperti berbuat baik kepada wanita dan orang yang lemah di antara mereka. Hendaklah berbuat baik dan adil kerana Allah menyukai orang yang berbuat adil.”

Nabi Muhammad SAW juga melarang sama sekali tindakan zalim terhadap kafir mu’ahad dalam kalangan ahli zimmah dan lainnya.

Bahkan, Nabi SAW sangat keras dalam mengancam tindakan itu seperti sabdanya yang bermaksud. “Ingatlah! Barang siapa berlaku zalim terhadap kafir Mu’ahad, mengurangi haknya, membebani mereka beban (jizyah) di luar kemampuann­ya atau mengambil harta mereka tanpa keredaan mereka, maka akulah nantinya yang akan sebagai hujah mematahkan orang semacam itu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi dalam Sunan Kubra. Syaikh Al Albani mengatakan hadis itu sahih)

Menjadi tanggungja­wab seorang Muslim untuk menyampaik­an ajaran Islam dengan akhlak yang mulia kepada bukan Islam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia