Harian Metro

Tak lupa kejayaan tumpas 15 pengganas komunis

-

Jertih: “Tiada pengalaman lebih berharga dalam sejarah hidup ketika menjadi anggota pasukan keselamata­n apabila saya dan pasukan berjaya membunuh 15 pengganas komunis yang cuba menakluki Bumi Kenyalang pada 1974,” kata Ayub Abdullah, 76, dari Kampung Bukit Payong, Hulu Besut.

Ayub yang ketika itu berpangkat koperal bangga apabila pasukannya dianggotai 36 anggota Pasukan Polis Hutan yang ditugaskan di Sarawak mempertaha­nkan negeri daripada penceroboh­an komunis.

Menurutnya, dia tidak dapat melupakan serangan komunis yang bersembuny­i di Gunung Gading yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pasukannya.

Bagaimanap­un, katanya, Allah menyelamat­kan mereka apabila tiada seorang anggota pasukannya terkorban kecuali cedera ringan ketika bersembuny­i di dalam hutan.

Menurutnya, anggota tambahan dari pasukan lain yang tiba di lokasi kejadian memberi bantuan dan membuat serangan hendap sehingga berjaya membunuh 15 komunis.

“Dalam kejadian itu, saya berpeluang membilang komunis yang tewas. Dalam kalangan yang maut, lima daripadany­a perempuan dan 10 lelaki,” katanya di Pejabat Persatuan Bekas Polis Daerah Besut di sini, semalam.

Ayub menyertai pasukan polis dengan menyertai latihan asas di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) pada 1972 selepas tamat belajar dan sebaik tamat latihan dia ditugaskan bersama Pasukan Polis Hutan sehingga bersara.

Menurutnya, selepas 10 tahun bertugas di Sarawak, dia bertukar ke PPH Hulu Kinta, Perak.

Katanya, dia diberi tanggungja­wab bersama Cawangan Khas (SB) dan dihantar berkhidmat di Thailand ketika negara diancam komunis.

“Ketika perjanjian gencatan senjata antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan Kerajaan Malaysia, dia antara tiga anggota SB yang bertugas mengawasi perjalanan perjanjian itu,” katanya.

Menurutnya, dia agak sedih kerana sejak akhir-akhir ini ada pihak menjulang perjuangan komunis.

“Mereka ini tidak tahu azab dan sengsarany­a anggota keselamata­n mempertaha­nkan bumi Malaysia ini,” katanya.

 ??  ?? AYUB menunjukka­n foto kejayaan pasukannya. Gambar kecil, Ayub ketika muda.
AYUB menunjukka­n foto kejayaan pasukannya. Gambar kecil, Ayub ketika muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia