Harian Metro

Tinggal bala RM700,000

- Faris Fuad faris.fuad@nstp.com.my

„ Wanita tanggung derita dikejar along akibat bekas suami rakus berjudi

Kehidupan seorang wanita dicengkam derita selepas berpisah dengan suami apabila ‘dikejar’ along menuntut hutang lelaki berkenaan berjumlah RM700,000 yang dipinjam untuk berjudi.

Lebih malang ibu bapanya turut terkena tempias apabila kediaman mereka di Parit Sulung, Johor, disimbah cat merah dan biru oleh lima lelaki tidak dikenali.

Wanita hanya mahu dikenali sebagai Tan, 38, dari Batu Pahat, Johor, berkata dia kini hidup dalam ketakutan apabila terpaksa menanggung segala perbuatan bekas suaminya berusia 41 tahun selepas mereka berpisah dua tahun lalu.

Katanya, tuntutan itu dibuat selepas lelaki berkenaan membuat pinjaman dengan ceti haram sebagai modal untuk berjudi.

Ibu kepada dua anak itu berkata, salinan kad pengenalan­nya juga diedarkan kumpulan lelaki terbabit di sekitar kediaman ibu bapanya di Parit Sulung.

“Pada 25 Julai lalu, lima lelaki tempatan pergi ke rumah ibu saya dengan menaiki kereta Toyota Estima hitam dan menuntut RM700,000 iaitu wang dipinjam bekas suami.

“Bapa saya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu keesokanny­a untuk tujuan keselamata­n.

“Susulan kejadian itu, saya diberitahu ahli keluarga lain mengenai salinan kad pengenalan saya yang diedarkan di kawasan berkenaan,” katanya dalam sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Wanita itu berkata, dia dinasihati keluargany­a untuk membuat laporan di Balai Polis Kluang, Johor, pada 26 Julai lalu.

“Saya buat laporan itu selepas ibu menerima ‘kunjungan’ kumpulan lelaki terbabit pada hari sama dipercayai dihantar oleh along.

“Mereka meninggalk­an nombor telefon seorang lelaki bernama John untuk proses rundingan. Saya buat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat menyiasat latar belakang dan lokasi John.

“Walaupun laporan itu dibuat, ia tidak menghalang rumah ibu disimbah dengan cat merah pada keesokanny­a, manakala cat biru serta merah disimbah di lokasi sama minggu lalu,” katanya.

Katanya, dia meminta along berkenaan berhenti mengganggu dan mengugutny­a dan ahli keluarga.

“Dalam hal ini, saya harap polis menjejaki bekas suami yang dipercayai melarikan diri selepas menyedari tidak dapat membayar wang dipinjam itu.

“Bekas suami yang perlu tampil bantu menyelesai­kan isu along ini, bukan saya dan ahli keluarga yang kini tiada sebarang ikatan dengannya lagi,” katanya.

Sementara itu, Chong berkata pihaknya merekodkan 231 kes along dari awal awal tahun ini sehingga Julai lalu membabitka­n RM21.2 juta.

“Sebanyak 172 daripada 231 kes itu membabitka­n komuniti Cina dari negara ini yang terdiri daripada 132 lelaki dan 40 perempuan.

“Manakala 24 kes lagi membabitka­n komuniti Melayu, 16 perempuan dan lapan lelaki manakala komuniti India pula mencatatka­n 22 kes (17 lelaki dan 5 perempuan).

“Kebanyakan penduduk kaum Cina dan India meminjam untuk berjudi manakala orang Melayu pula sebagai modal perniagaan,” katanya.

 ??  ?? CHONG (kanan) bersama Tan pada sidang media mangsa penipuan along di Wisma MCA, semalam.
CHONG (kanan) bersama Tan pada sidang media mangsa penipuan along di Wisma MCA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia