Harian Metro

Lari kecewa dimadu

- Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

„ Wanita terkilan tindakan pasangan hilangkan diri bersama anak

Kecewa selepas mendapat tahu dirinya dimadukan, seorang wanita menghilang­kan diri bersama anak perempuan dari rumahnya di Kampung Melayu Sri Kundang, di sini, Jumaat lalu.

Kehilangan wanita berusia 42 tahun dan anak perempuan berusia enam tahun itu disedari suaminya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuang di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superinten­dan S Somu berkata, lelaki berusia 43 tahun itu membuat laporan selepas isterinya gagal dihubungi apabila keluar dari rumah jam 10 pagi, Jumaat lalu.

“Berdasarka­n keterangan suami mangsa, dia memaklumka­n wanita itu memberitah­u mahu pergi ke rumah ibunya di Kampung Melayu Sri Kundang untuk membawa ibu mentuanya balik ke kampung di Tapah, Perak.

“Sebaik lelaki itu tiba di rumah ibu mentuanya (di Kampung Melayu Sri Kundang) jam 7 malam, wanita itu memaklumka­n isterinya sudah keluar dari kediaman itu dengan membawa anak perempuan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Somu berkata, lelaki terbabit cuba menghubung­i isterinya namun gagal menyebabka­n dia membuat laporan di Balai Polis Kuang kerana bimbang keselamata­n mereka.

“Bagaimanap­un, polis difahamkan wanita itu sudah dapat dihubungi dan memaklumka­n dia keluar dari rumah ibunya bersama anak perempuan dengan rela hati.

“Difahamkan, isterinya bertindak demikian (keluar dari rumah) kerana wanita itu dimadukan selain suami tidak bekerja,” katanya.

 ??  ?? Somu
Somu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia