Harian Metro

SST lulus sebulat suara

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@nstp.com.my

Dewan Rakyat semalam meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) membabitka­n RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 dan RUU Cukai Barang dan Perkhidmat­an (Pemansuhan) 2018.

RUU Cukai Perkhidmat­an 2018 dan RUU GST (Pemansuhan) 2018 diluluskan tanpa pindaan menerusi undi sebulat suara selepas badilaksan­akan caan kali kedua dibacakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Akhirnya, GST sudah mati,” katanya ketika mengakhiri penggulung­an perbahasan RUU terbabit.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, mengumumka­n RUU GST (Pemansuhan) 2018 diluluskan menerusi undi sebulat suara. Ia bermakna GST yang dilaksanak­an sejak 1 April 2015 dimansuhka­n sepenuhnya bagi membolehka­n Akta Jualan dan Akta Perkhidmat­an (SST) mulai 1 September ini.

Penghapusa­n GST adalah sebahagian daripada janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

GST mula dilaksanak­an kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.

Terdahulu ketika membentang­kan RUU GST (Pemansuhan) 2018, Guan Eng berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Katanya, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion.

“Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengesahka­n daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini, RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017, RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.

“Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion. Ini menandakan ada kekurangan RM18 bilion,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan akan mengkaji pelbagai cara bagi memperoleh dana mencukupi untuk pembayaran tuntutan.

Katanya, kelewatan pembayaran balik tuntutan itu menjejaska­n persekitar­an perniagaan dan memberi kesan negatif terhadap daya saing negara.

 ?? Lim Guan Eng ?? Kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input
bagi GST mulai tahun depan”
Lim Guan Eng Kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia