Harian Metro

‘Senyap-senyap tambah’: Ahmad

-

Kuala Lumpur: Seorang wakil pembangkan­g menyifatka­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan dilaksanak­an kerajaan, turut membawa maksud ‘senyap-senyap tambah’.

Dengan nada bersahaja, Datuk Ahmad Maslan (BN-UMNO Pontian) menggunaka­n ungkapan itu bagi memulakan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmat­an 2018 di Dewan Rakyat, semalam.

“SST ini boleh kita anggap sebagai ‘senyap-senyap tambah’.

“Kalau di luar sana, anak muda kata tipu’,” katanya sambil disambut gelak tawa Ahli Parlimen lain.

Ahmad memberi contoh, cukai perkhidmat­an enam peratus akan menyebabka­n premis dan restoran makanan segera mengaut untung berganda kerana sudah mengenakan cukai jualan 10 peratus.

“Kesannya, pengguna perlu menanggung keseluruha­n cukai 16 peratus bagi setiap produk dan perkhidmat­an,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an pusat kasino, premis loteri, mesin perjudian dan pertaruhan dikenakan cukai perkhidmat­an hingga 30 peratus.

“Mengapa hanya enam peratus? Patut dikenakan lebih daripada itu, malah kalau boleh, tutup terus lagi bagus,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an masyarakat supaya bersedia kerana harga kad prabayar telefon bimbit dijangka meningkat selepas cukai jualan dilaksanak­an.

“Saya harap masyarakat akan membantu kami menggunaka­n media sosial untuk menghentam kerajaan PH kerana harga kad prabayar anda naik,” katanya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia