Harian Metro

Langsung serentak

- Irwan Shafrizan Ismail dan Hashini Kavishtri Kannan cnews@nstp.com.my

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong, Selangor.

Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood berkata, sama seperti DUN Balakong, hari mengundi ditetapkan pada 8 September, penamaan calon 18 Ogos dan hari mengundi awal pula pada 4 September.

“Tempoh berkempen ditetapkan adalah 21 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 7 September.

“PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dibuat serentak bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk logistik, keselamata­n dan kemudahan petugas,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini, semalam.

Beliau berkata, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dilantik Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR akan menggunaka­n Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai pusat penamaan calon dan penjumlaha­n rasmi undi.

Katanya, 895 petugas pilihan raya dilantik bagi melancarka­n PRK itu dan 18 premis digunakan sebagai pusat mengundi membabitka­n keseluruha­n 115 saluran mengundi.

“Seramai 53,492 pemilih berdaftar layak mengundi, iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku pertama 2018 yang dikemas kini sehingga 2 Ogos lalu,” katanya.

„ Penamaan calon 18 Ogos, undi 8 September

Selain itu Othman berkata, kos mengendali­kan PRK DUN Seri Setia berjumlah RM1.59 juta.

Katanya, seperti PRK Sungai Kandis dan Balakong, beberapa penambahba­ikan juga dilakukan dalam PRK kali ini, termasuk waktu mengundi bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“SPR juga menambah dua saluran khusus kepada pengundi berusia 60 tahun dan ke atas, menambah 24 saluran baru bagi mengelak jumlah pengundi terlalu ramai di satu-satu saluran, sekali gus menjadikan 115 saluran berbanding 91 saluran pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu,” katanya.

 ?? Othman Mahmood ?? OTHMAN (kiri) dan Mohd Azizi selepas sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN N. 32 Seri Setia di Putrajaya, semalam. PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dibuat serentak bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk logistik, keselamata­n dan kemudahan petugas”
Othman Mahmood OTHMAN (kiri) dan Mohd Azizi selepas sidang media Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN N. 32 Seri Setia di Putrajaya, semalam. PRK DUN Seri Setia dan DUN Balakong dibuat serentak bagi memudahkan urusan semua pihak termasuk logistik, keselamata­n dan kemudahan petugas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia