Harian Metro

Jual Equanimity babit prosedur ketat

-

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Lim Guan Eng tidak seharusnya mengeluark­an kenyataan mengenai kemungkina­n kerajaan menjual kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan Low Taek Jho atau Jho Low, dipercayai membabitka­n skandal rasuah syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam Fahmi Abd Moin berkata, Peguam Negara yang sepatutnya mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung perkara itu kerana ia membabitka­n prosedur undang-undang ketat dan kerjasama pengumpula­n serta perkongsia­n maklumat antara negara.

Bekas timbalan pendakwa raya itu berkata, Guan Eng sepatutnya mendapatka­n maklumat lengkap daripada Peguam Negara berhubung segala proses perundanga­n membabitka­n penjualan atau lelongan kapal layar berkenaan sebelum mengeluark­an sebarang kenyataan.

“Namun saya percaya beliau sudah dapat maklumat lengkap daripada Peguam Negara, begitu juga Peguam Negara mengambil langkah dan prosedur undang-undang seperti

(bantuan perundanga­n bersama) antara Indonesia, Amerika Syarikat (AS) atau mana-mana negara terbabit dalam isu sitaan skandal 1MDB) ini,” katanya.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, Putrajaya berkemungk­inan menjual Equanimity bagi mendapatka­n kembali wang yang didakwa diseleweng­kan daripada 1MDB.

Kapal Equanimity yang didaftarka­n di Kepulauan Cayman, disita Februari lalu atas permintaan pihak berkuasa AS sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ) membabitka­n 1MDB.

Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan berkata, kejayaan merampas kapal mewah itu dicapai selepas hasil rundingan antara Indonesia, AS dan Malaysia menerusi perjanjian bantuan perundanga­n bersama yang diaktifkan baru-baru ini.

Kapal mewah itu tiba di Boustead Cruise Centre di Pelabuhan Klang, jam 1 tengah hari kelmarin.

Ia berlabuh di jeti berkenaan selepas berlayar hampir 20 jam dari Batam, Indonesia.

Berhubung proses jualan atau lelongan kapal berkenaan, Fahmi menjelaska­n ia boleh dilakukan jika mendapat perintah dikeluarka­n mahkamah tinggi di negara ini atau DOJ.

Bagaimanap­un katanya, ia bukan satu proses mudah kerana kerajaan atau mana-mana pihak yang berhasrat mendapatka­n hasil daripada lelongan itu perlu melalui proses amat ketat.

“Saya berpendapa­t kerajaan perlu menunggu sehingga siasatan kes selesai sebelum memulakan proses melelong kapal layar terbabit,” katanya. Shah Alam: MCA mengumumka­n calon parti itu yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, minggu depan.

Setiausaha MCA Selangor, Datuk Ng Chok Sin berkata, pihaknya mengadakan beberapa pertemuan dengan kepemimpin­an pusat bagi memilih calon disenarai pendek untuk bertanding di DUN Balakong.

“Nama (calon) belum muktamad. Keputusan dibuat beberapa hari lagi,” katanya di sini, semalam.

Mengenai keputusan sama ada MCA menggunaka­n logo sendiri atau Barisan Nasional (BN) pada PRK Balakong, Chok Sin berkata, pihaknya menjalanka­n

serta kaji selidik kesan penggunaan logo parti dalam kalangan pengundi.

“Belum ada (keputusan). Kami meneliti jika MCA guna logo sendiri, adakah ia beri kebaikan kepada MCA atau tidak. Kami kena lihat daripada semua sudut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu mungkin menggunaka­n logo sendiri pada PRK DUN Balakong.

 ??  ?? NG
NG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia