Harian Metro

Malu dengan Awie

- DARI MUKA R27

Uqasha mula selesa apabila

dapat aura positif daripada hero filem Hantu Kak

Limah

“Menurut Gayatri, pihaknya sudah lebih dua bulan mencari saya untuk menawarkan projek filem ini.

“Saya juga menganggap tawaran berlakon dalam Hantu Kak Limah sebagai peluang keemasan dan platform untuk mengembang­kan bakat lakonan ke filem selepas ini,” katanya.

Sebagai wajah baru ditampilka­n dalam filem Hantu Kak Limah, Uqasha tidak dapat menafikan perasaan gementar bekerjasam­a buat pertama kali dengan Mamat.

“Saya melakonkan watak gadis cantik dan misteri dari alam bunian dalam cerita ini. Saya hanya bermain dengan karakter seperti dikehendak­i pengarah dan skripnya,” katanya.

Ditanya pengalaman sukar dilupakan pula, kata Uqasha, ia membabitka­n lokasi di kawasan menyeramka­n di Perak sebelum ini.

“Saya difahamkan lokasi penggambar­an itu memang di perkampung­an bunian dan saya tidak tahu pun ia kawasan berhantu.

“Saya tidak berasa ada kejadian pelik, tetapi kru yang beritahu saya nampak berbeza ketika penggambar­an sebelum ini.

“Pada masa sama, saya juga memakai kostum gadis bunian dan rambut palsu untuk menjiwai watak terbabit,”katanya.

Bukan saja Mamat, Uqasha turut gementar ketika melakonkan babak romantik dengan pelakon utama Datuk Awie dalam filem itu.

“Pada mulanya, saya berasa takut dan malu untuk berganding dengan Awie tetapi dia juga beri aura positif dan buat saya selesa dengannya.

“Saya juga tidak tahu watak gadis bunian itu, tetapi Abang Mamat mahu saya nampak anggun. Saya sudah berusaha berikan yang terbaik dan sangat berharap peminat filem ini menerima kehadiran saya dalam filem ini,”katanya.

Selain Awie dan

Uqasha, Hantu Kak Limah mengekalka­n Delimawati sebagai teraju utama.

Selain itu, turut berlakon ialah Allahyarha­m Rab Khalid, Erra Fazira, Zul Ariffin, Ropie Cecupak,

Jue Aziz, Mus MAY, Pekin Ibrahim, Sharwani NS, Datuk Seri Vida dan TJ Isa.

Ia mula ditayangka­n di seluruh negara mulai esok.

TERUSKAN KERJAYA

LAKONAN

Walaupun namanya tidak sunyi dilanda kontrovers­i, Uqasha bersyukur kerana masih mendapat kepercayaa­n penerbit dan pengarah dalam bidang lakonan ketika ini.

Menurut Uqasha, setakat ini tawaran berlakon juga tidak pernah putus daripada pelbagai pihak.

“Alhamdulil­lah, saya masih mendapat kepercayaa­n daripada pengarah drama sampai sekarang. Saya baru selesai penggambar­an drama bersiri Rahsia Hati Perempuan,”katanya.

Selain itu, Uqasha bakal terbabit dalam projek drama bersiri yang belum ada judulnya berganding­an dengan Fattah Amin untuk saluran Astro Ria.

“Tidak ketinggala­n, saya juga bakal berganding lagi dengan Fattah dan Alif Aziz dalam drama Biar Jadi Kaktus,” katanya.-Ramlah Zainal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia