Harian Metro

Jackson GOT7 enggan bercinta

-

Mahu fokus sepenuhnya terhadap kerjaya

Annyeongha­seyo! Peraturan yang dikenakan agensi pengurusan artis yang melarang artis mereka menjalin hubungan cinta bukan lagi perkara luar biasa dalam industri hiburan Korea Selatan.

Agensi besar seperti JYP Entertainm­ent sendiri menetapkan artis mereka dilarang bercinta selama tiga tahun selepas diperkenal­kan.

Ramai selebriti pastinya tidak sabar untuk tempoh larangan itu berakhir kerana mereka tentu ada keinginan untuk memiliki kekasih.

Namun, berbeza buat anggota GOT7 iaitu Jackson yang bersetuju dengan peraturan berkenaan, malah dia tiada keinginan untuk bercinta.

Menurutnya, tanggungja­wab sebagai artis jauh lebih penting demi mengembang­kan kerjaya.

Katanya, dia tiada masa untuk bercinta.

Menurutnya, percintaan bukan perkara main-main apatah lagi jika terlalu banyak komitmen perlu digalas.

“Memang saya mahu memiliki kekasih, tetapi percintaan bukan satu jenaka. Bukannya kita mahu suka-suka untuk bercinta.

“Saya ada tanggungja­wab yang jauh lebih penting,” katanya.

Bukan sekali dua, namun sudah banyak kali Jackson mengatakan dia tidak kisah jika tidak bercinta.

Dalam satu sesi secara langsung di Facebook bersama peminatnya, dia memaklumka­n akan terus patuh dengan peraturan JYP.

Dia cuma mahu fokus kepada kemajuan kerjayanya walaupun selepas tempoh larangan itu berakhir.

“Boleh saya berterus terang dengan anda? Saya memang tiada keinginan untuk bercinta buat masa ini,” katanya.

Kenyataan itu bukan lagi satu kejutan disebabkan dia sendiri sudah berjanji mahu kembalikan nama GOT7 jadi lebih besar untuk tahun ini.

Apa yang pasti, dedikasiny­a untuk memastikan kejayaan GOT7 benar-benar berjaya menyentuh hati peminat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia