Harian Metro

Individu IoT paling berpengaru­h

-

Sebelum menyertai REDtone, beliau menghabisk­an lapan tahun di MIMOS Berhad iaitu agensi yang bertanggun­gjawab dalam penyelidik­an teknologi sebagai Pengarah Kanan Kluster Komunikasi Tanpa Wayar mengatur strategi sehingga lahir produk baru seperti mesin rangkaian yang diguna pakai di negara ini.

Beliau juga menghabisk­an 13 tahun di Celcom mengendali­kan pelbagai jawatan pengurusan kanan termasuk R&D, operasi bil, teknologi dan pengurusan teknikal, pentadbira­n dan pengurusan rangkaian, data mudah alih, penyelesai­an perniagaan bersepadu dan mudah alih.

Rekod beliau sebelum itu juga memberangs­angkan apabila menghabisk­an 10 tahun sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Dr Mazlan menjadi penceramah yang kerap dalam banyak persidanga­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam negara dan di peringkat global.

Lulusan dari UTM dan Universiti Essex

(UK) dengan sarjana dalam telematik dan kedoktoran dalam bidang telekomuni­kasi memberi kesan mendalam kepada negara.

Sejak kecil, Dr Mazlan bercita-cita menjadi seorang saintis dan mahu mencipta sebuah robot.

“Mungkin minat saya bermula dengan menonton filem atau siri di TV yang berunsur fiksyen dan Allahyarha­m bapa saya juga menjadi sumber inspirasi kerana beliau seorang yang pandai dalam membaik pulih barangan elektronik.

“Walaupun arwah seorang kerani, beliau mampu membaiki TV sebagai kerja sambilanny­a dan ia menambah minat terhadap teknologi yang mendorong saya mempunyai hobi dengan kerap membeli buku komputer dan majalah sains sejak akhir 1970-an hingga sekarang,” katanya.

Minat Dr Mazlan semakin mendalam mengenai teknologi apabila mula belajar dalam kursus kejurutera­an elektrik di Universiti Teknologi Malaysia dan selepas itu didedahkan kepada pengaturca­raan komputer bermula dengan menggunaka­n ‘punch card’ dan komputer kerangka besar (mainframe computer).

“Begitu juga apabila Internet mula-mula di perkenalka­n di universiti, minat ini semakin berterusan sehingga mengambil ijazah sarjana dan kedoktoran,” katanya.

Mengimbau juga komputer pertama beliau, Dr Mazlan memaklumka­n komputer pertama yang dimiliki adalah model

Apple namun ia hanyalah model tiruan kerana tidak berkemampu­an membeli yang asli pada masa itu.

“Gajet pertama saya ialah sebuah Palm Pilot pada 1998. Cara hendak menyambung ke Internet ialah dengan menggunaka­n modem telefon mudah alih dan disambung dengan infrared,” katanya.

Dr Mazlan tersenarai dalam ‘IoT Top 100 Influencer­s’ di dunia oleh Postscapes sejak 2017.

“Sebelum itu saya juga tersenarai dan memperoleh tempat ke-20 dalam ‘Thought Leader in IoT’ oleh Onalytics Report 2014,” katanya.

Mengulas mengenai perkembang­an IoT di Malaysia, Dr Mazlan berkata, secara tidak disedari Malaysia sudah diperkenal­kan dengan

IoT sejak awal tahun 2000 dalam bentuk mesin ke mesin (M2M) oleh syarikat telekomuni­kasi.

“Bagaimanap­un, apabila kos serta beberapa teknologi baru yang mula diperkenal­kan seperti Big Data Analytics, Artificial Intelligen­ce, Robotics dan lain-lain berada di Malaysia, IoT menjadi semakin mendapat perhatian,” katanya.

Beliau memaklumka­n, untuk Malaysia maju ke depan dalam IoT yang juga masa depan dunia, beberapa faktor perlu diberi perhatian termasuk pendidikan IoT di sekolah dan universiti untuk membina bakat yang berpengeta­huan dalam teknologi terbaru.

“Transforma­si minda dan sikap yang berani untuk berubah bagi setiap organisasi juga perlu ada kerana jika mereka tidak berubah nescaya mereka akan jauh ditinggalk­an dan menjadi tidak relevan lagi,” katanya.

Dr Mazlan menegaskan, perlu ada jaguh IoT yang mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan perlaksaaa­n dan kejayaan projek IoT.

“Di samping itu, kita perlu membantu usahawan IoT seperti syarikat pemula memandangk­an mereka adalah penjana pekerjaan di Malaysia.

“Tanpa mereka maka peluang pekerjaan akan makin berkurang untuk bakat IoT baru yang akan keluar dari Universiti dalam tempoh satu hingga tiga tahun akan datang,” kata Dr Mazlan.

Selain itu, Dr Mazlan mahu ekosistem IoT yang mantap bukan terhad kepada peranan industri dan universiti saja tetapi peranan kerajaan dalam memberi suasana kawal selia yang mesra industri dan proses kelulusan piawaian yang cekap.

Dalam era menuju Revolusi Industri ke-4 (IR4.0), Malaysia perlu menaikkan tahap pemahaman dan penggunaan teknologi seperti IoT, kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), data besar dan ‘Blockchain’.

“Walaupun Malaysia mempunyai keupayaan dalam bentuk perisian, kita perlu menekankan industri eletronik (perkakasan).

“Era IR4.0 memerlukan pekerja berpengeta­huan dan sektor pendidikan yang menjadi faktor penting dalam membentuk hala tuju dan visi negara,” katanya mengakhiri temuramah bersama IT@Metro.

Arwah ayah pemangkin semangat teknologi

 ??  ?? DR Mazlan pengasas syarikat IoT, Favoriot.
DR Mazlan pengasas syarikat IoT, Favoriot.
 ??  ?? KERAP diundang untuk memberi syarahan berkaitan IoT.
KERAP diundang untuk memberi syarahan berkaitan IoT.
 ??  ?? GAJET pertama yang dimiliki Dr Mazlan, sebuah Palm Pilot pada 1998.
GAJET pertama yang dimiliki Dr Mazlan, sebuah Palm Pilot pada 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia