Harian Metro

Empat kamera

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Huawei Nova 3i

hebat

Kalau ditanya kepada penguji telefon pintar yang patut berada dalam tangan anda bagi harga bajet, mungkin Huawei Nova 3i jawapan paling sesuai.

Ia berdasarka­n telefon peringkat pertengaha­n dengan jumlah kamera, ROM dan kelajuan yang agak baik bagi kelasnya.

Huawei Nova 3i mempunyai pelbagai ciri yang lengkap untuk merakam foto bagi tujuan sosial. Bermakna Instagram, Facebook mahupun YouTube anda akan penuh dengan gambar atau video yang cantik.

Sejak kehadiran pelbagai model telefon pintar di pasaran, landskap fotografi juga berubah dari semasa ke semasa.

Lihat saja paparan imej yang ditonjolka­n menerusi pelbagai platform media sosial, hasilnya cukup mengagumka­n.

Kini perspektif fotografi tidak lagi terarah untuk membawa sebuah kamera bersaiz besar terutama jika anda mahu mengembara atau seperti pengalaman penulis, pulang ke kampung ketika musim perayaan baru-baru ini.

Tiada lagi rungutan pengembara kerana perlu memikul beban tambahan hingga mengganggu emosi ketika bercuti.

Adanya era baru dalam fotografi dikenali sebagai fotografi mudah alih yang bukan saja mampu menampilka­n kreativiti penghasila­n imej, malah ia antara senario baru dalam pengembara­an.

Penguji membiasaka­n diri dengan Huawei Nova 3i yang mudah dipelajari, memandangk­an peranti pintar mudah alih ini mampu menggantik­an fungsi kamera biasa.

Hasilnya tidak perlu dipertikai­kan kerana menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook juga boleh dilihat pemilik akaun aktif merakam imej ketika mengembara tentunya mempunyai pengikut yang ramai.

Tanpa kemahiran fotografi profesiona­l dan hanya menggunaka­n kamera telefon pintar, pelbagai gaya boleh dirakam dan dimuat naik.

Model Nova 3i menjadi telefon pintar pertama Huawei dengan kamera Quad AI yang mempunyai ciri fotografi AI sama seperti telefon utama Mate Siri 10 dan P20 milik Huawei, tetapi turut dilengkapi dengan kamera swafoto.

Menariknya mengenai kamera swafoto itu ialah ia boleh menentukan senario ketika gambar swafoto diambil di samping menyesuaik­an ciri wajah dan persekitar­an sekeliling yang ditetapkan mengikut pencahayaa­n dan mod berbeza untuk mendapatka­n swafoto pada tahap sempurna.

Kamera belakang Nova 3i boleh mengenal pasti 22 senario dan objek berbeza manakala kamera depan AI swafoto dapat mengenali lapan jenis senario yang berlainan seperti langit, tumbuhan, bunga, pantai, pentas persembaha­n, malam, salji dan dalaman.

Nova 3i menggunaka­n dwi-kamera belakang bersaiz 16MP + 2MP manakala kamera depan pula 24MP f/2.0 + 2MP untuk merakam gambar lebih jelas dan pemproses Kirin 710.

Selain itu, penguji menggemari keupayaan merakam gambar yang lebih baik melalui Qmoji.

Avatar emoji 3D boleh dikawal dengan hanya menggunaka­n wajah seperti Apple Animoji menerusi Nova 3i.

Pengguna juga boleh menghasil dan menyaksika­n gambar gerak perlahan terperinci serta jelas melalui rakaman Slow Mo pada format 480fps yang dimiliki siri Nova 3 ini.

Fungsi GPU Turbo yang disediakan menawarkan pengalaman permainan video lebih lancar. Huawei Nova 3i dijual pada harga RM1,249. 

 



 

 ??  ?? INFO
HUAWEI NOVA 3I PENGELUAR: Huawei LAMAN WEB: www.huawei.com/my CIRI: Telefon kelas pertengaha­n
PRO: ROM besar, 4 kamera
KONTRA: Aksesori
INFO HUAWEI NOVA 3I PENGELUAR: Huawei LAMAN WEB: www.huawei.com/my CIRI: Telefon kelas pertengaha­n PRO: ROM besar, 4 kamera KONTRA: Aksesori
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia