Harian Metro

POLLY POCKET

-

“Memandangk­an mainan itu jarang ditemui, saya membelinya dan bertitik tolak dari situ, hobi mengumpul berterusan sehingga hari ini.

“Kebanyakan mainan dibeli daripada portal jual beli dalam talian dan jika bernasib baik, saya mendapat harga jauh lebih murah dengan kualiti memuaskan,” katanya.

Menurut Avril, sehingga kini, jumlah paling besar pernah dibelanjak­annya adalah RM800 untuk membeli pemain kaset Polly Pocket.

Dia juga pernah membeli dengan harga serendah RM10 saja tetapi cabarannya sebagai pengumpul adalah mendapatka­n koleksi yang benarbenar jarang ditemui.

“Kebiasanny­a, saya akan cuba berunding dengan penjual di portal dalam talian untuk mendapatka­n harga yang terendah.

“Rata-rata penjual tidak keberatan menurunkan harga lebih-lebih lagi jika saya pelanggan tetap mereka.

“Jadi, sebagai pengumpul, saya perlu bijak membanding­kan harga sebelum membeli dan bagi menjimatka­n kos penghantar­an pula, saya akan meminta bantuan rakan yang menetap di luar negara untuk membawa pulang mainan dibeli,” katanya yang juga gemar berkunjung ke kedai vintaj sekitar negara ini untuk memburu mainan Polly Pocket.

Bagi memastikan mainan kesayangan­nya itu kekal dalam keadaan baik.

Avril menyediaka­n kabinet khas untuk menyimpan sebahagian koleksi yang ada.

Patung dan aksesori mainan berkenaan disimpan berasingan bagi memastikan ia tidak hilang memandangk­an saiznya yang kecil.

“Disebabkan sudah dewasa, saya tidak bermain dengan mainan berkenaan seperti kanak-kanak sebaliknya sekadar mengumpul dan menjaganya dengan baik.

“Bagi saya, memiliki mainan berkenaan sudah cukup memberi kepuasan terutama jika dapat mengumpul model keluaran 80-an dan 90-an kerana ia secara tidak langsung mengimbas kenangan ketika zaman kanak-kanak.

“Bagi menambah pengetahua­n, saya menyertai beberapa komuniti peminat Polly Pocket di laman sosial tetapi belum pernah menjual koleksi peribadi dengan pengumpul lain kerana sayang untuk melepaskan­nya,” katanya yang mendapat galakan daripada keluarga dan majikan untuk terus setia dengan hobinya itu.

 ??  ?? MAINAN Polly Pocket mempunyai keunikan
tersendiri.
MAINAN Polly Pocket mempunyai keunikan tersendiri.
 ??  ?? MAINAN Polly Pocket mengembali­kan nostalgia Avril ketika zaman kanak-kanak.
MAINAN Polly Pocket mengembali­kan nostalgia Avril ketika zaman kanak-kanak.
 ??  ?? MAINAN Polly Pocket.
MAINAN Polly Pocket.
 ??  ?? ANTARA koleksi mainan Polly Pocket kepunyaan Avril.
ANTARA koleksi mainan Polly Pocket kepunyaan Avril.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia