Harian Metro

HCV tiada sebarang vaksin

-

Baru-baru ini Hepatitis Free Malaysia (HFM) melancarka­n kempen How’s Your Blood? Ia kempen kesedaran hepatitis C untuk mendidik masyarakat, terutama golongan berisiko tinggi, mengenai pentingnya menjalani ujian darah, melalui pengesanan awal dan mendapatka­n rawatan.

Presiden HFM yang juga Perunding Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Profesor Dr Rosmawati Mohamed berkata, kajian di Malaysia menunjukka­n 60 peratus daripada kes yang dikesan berpunca daripada pengambila­n dadah dan pemindahan darah (30 peratus). Manakala 10 hingga 12 peratus lagi mengakui tidak tahu dari mana punca penyakit itu diperoleh.

Lebih membimbang­kan, jumlah kematian disebabkan hepatitis kini didapati melebihi angka kematian akibat penyakit kronik berjangkit lain seperti HIV dan batuk kering (tuberkulos­is).

“Berdasarka­n laporan Global Burden of Disease Study tahun lalu, jumlah kes baru kanser hati antara

Di Malaysia 60 peratus berpunca daripada pengambila­n dadah, pemindahan darah

1990 dan 2015 meningkat sebanyak 75 peratus.

“Kanser hati adalah antara penyebab utama peningkata­n kadar kematian kes hepatitis C di seluruh dunia. Ini dipacu oleh epidemik hepatitis C dan juga peningkata­n umur mereka yang tidak sedar sudah dijangkiti.

“How’s Your Blood? bukanlah hanya kempen semata-mata, tetapi kami berusaha mencari ribuan pesakit yang tidak sedar mereka sudah dijangkiti virus berbahaya ini,” katanya.

Menjelas lanjut, Dr Rosmawati berkata, pemberian vaksin hepatitis B sebelum ini memang menunjukka­n penguranga­n ketara dalam angka jangkitan dan kadar kematian akibat virus hepatitis B.

Bagaimanap­un,

HCV tidak mempunyai sebarang vaksin. Sebab itulah pengesanan awal menjadi langkah kritikal untuk menghalang penularan virus, sekali gus membolehka­n pesakit mendapatka­n rawatan sewajarnya.

“Mereka g gHkUiKtRiI HCV tidak akan mengalami sebarang simptom sehingga penyakit mencapai ke tahap

 ??  ?? PELANCARAN kempen How’s Your Blood?
PELANCARAN kempen How’s Your Blood?
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia