Harian Metro

Rawat luka dua kali lebih pantas

-

Membawa pelekap luka atau plaster dalam beg setiap kali keluar menandakan seseorang itu sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkina­n yang berlaku biarpun hanya kecederaan kecil.

Namun masih perlu diketahui bahawa bukan semula plaster mempunyai fungsi yang sama. Jenama perawatan luka dan kecederaan, Hansaplast membuktika­n ciptaan terkini Hansaplast Spray Plaster dan Hansaplast

Fast Healing Plaster boleh membantu saat kecemasan dengan efektif.

Malah, kaedah penggunaan­nya juga cepat dan mudah. Umpamanya, semburan Hansaplast Spray Plaster menghasilk­an filem perlindung­an fleksibel dan kalis air. Ia sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif dan memerlukan rawatan segera.

Filem lut sinarnya mampu mengalihka­n udara, sekali gus membekalka­n perlindung­an antibakter­ia. Lebih dari itu, semburanny­a juga membolehka­n rawatan dilakukan di bahagian sukar dicapai atau dilihat.

Untuk penguranga­n parut, Hansaplast

Fast Healing Plaster pula membantu mempercepa­tkan penyembuha­n luka dan merawat luka dua kali lebih pantas daripada biasa. Ini secara tidak langsung memudahkan individu bergerak selesa selepas dirawat.

Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock

Guan berkata, teknologi inovatif penyembuha­n luka lembap keduaduany­a membantu kulit kekal lembut, mencegah pembentuka­n keruping dan mengurangk­an pembentuka­n parut.

“Jenama ini popular dengan pelbagai inovasi sejak memperkena­lkan plaster berpelekat pada 1922. Berbekalka­n kepakaran dan teknologi terunggul, kami menawarkan pelbagai pilihan plaster berkualiti tinggi untuk semua.

“Kedua-dua produk baru ini juga memiliki inovasi perawatan luka luar biasa yang tidak ditawarkan plaster biasa. Justeru, kami komited untuk terus memberikan sokongan dan menambah baik keperluan rawatan kecemasan dengan membekalka­n produk berinovasi kepada petugas berkaitan,” katanya yang berbesar hati menaja program latihan rawatan kecemasan di sekolah anjuran St John Ambulance of Malaysia.

Tajaan itu membabitka­n sumbangan produk Hansaplast bernilai lebih RM60,000 untuk manfaat pelajar di 700 sekolah di seluruh negara. Mereka akan diberi latihan rawatan luka dan kaedah penggunaan produk.

Hansaplast Spray Plaster (32.5ml) dan Hansaplast Fast Healing boleh didapati pada harga RM31.04 dan RM25.38. Berikutan kerjasama dengan St

John Ambulance bagi meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n rawatan luka, orang ramai kini boleh menikmati potongan 20 peratus untuk rangkaian terkini Hansaplast di Watson. Promosi tamat pada 31 September 2018.

 ??  ?? SEMBURAN luka saat kecemasan
SEMBURAN luka saat kecemasan
 ??  ?? PLASTER unik mengurangk­an parut
PLASTER unik mengurangk­an parut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia