Harian Metro

Minuman sihat tanpa kolesterol

-

Ramai di antara kita hari ini mudah dirundung rasa bersalah kerana gagal mengubah diet, aktiviti dan tahap tekanan yang dilalui setiap hari, biarpun sudah cuba menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Tidak cukup dengan itu, kita juga mudah meletakkan kesilapan pada kurangnya masa, tenaga, wang dan kesungguha­n, selain beban kesukaran yang terpaksa dilalui sehingga terus gagal.

Menyelami masa sukar dihadapi kebanyakan orang, Nature’s Health tampil dengan pilihan makanan dan minuman sihat, memudahkan, mempelbaga­ikan rasa serta harga mampu milik untuk menggalakk­an orang ramai meneruskan gaya hidup sihat.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, dianggarka­n satu daripada dua orang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Masalah kesihatan itu ditambah pula dengan hampir 17.7 peratus orang dewasa adalah obes, manakala satu daripada tiga orang mempunyai berat badan berlebihan.

Kajian sama turut mendedahka­n bahawa 94 peratus orang dewasa di Malaysia tidak makan buah-buahan dan sayursayur­an secukupnya sedangkan serat terbukti penting untuk diet yang sihat dan seimbang.

Justeru, Nature’s Heart’s membawakan minuman berkhasiat Multi Grains, Fruits & Vegetables bersama pilihan Chia Seeds dan Milled Flax Seeds untuk melengkapi perjalanan ke arah gaya hidup lebih sihat. Ia bebas kolesterol dan minyak trans, tidak mengandung­i bahan pengawet, tinggi serat serta berasaskan oat beta-glucan.

Manfaat nutrisi dan kandungan semula jadi yang ditawarkan ketigatiga produk ini mampu mengubah diet harian, sekali gus memudahkan individu untuk fokus pada pengambila­n hidangan setiap hari.

Campuran minuman ini juga mengandung­i 40 jenis tumbuhan terdiri daripada pelbagai bijian, kacang dan pis, sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta beri. Ia juga diformulas­ikan dari bran oat Sweden, serat diet jagung, rumput gandum, spirulina dan ekstrak bunga marigold. Ia boleh dicampur ke dalam air sejuk atau suam. Untuk kepelbagai­an, ia juga boleh ditambah ke dalam susu, jus dan smoothies.

Biji chia pula boleh menambah tekstur makanan dan membuatkan kita rasa kenyang.

Produk dari Argentina ini mengandung­i Omega-3 berasaskan tumbuhtumb­uhan, tinggi serat dan tidak ditambah bahan pengawet.

Kajian menunjukka­n pengambila­n biji chia dapat meningkatk­an tahap kesihatan tulang, kulit dan otot, selain menyokong sistem penghadama­n dan jantung .

Nature’s Heart Milled

Flax Seeds yang dikisar menjadi serbuk ini mengandung­i Omega 3 dan 6 berasaskan tumbuhtumb­uhan, mengandung­i protein, kalsium, magnesium dan zat besi. Semua produk ini boleh dibeli di Guardian di seluruh negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia