Harian Metro

Kekalkan kekuatan jisim otot

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Cuba senaraikan semua pergerakan fizikal anda hari ini - bermula bangun daripada katil, menyiapkan sarapan, berjalan naik dan turun tangga atau hanya mengangkat anak.

Namun, tahukah anda bahawa kita memerlukan otot yang sihat untuk memberi kekuatan dan tenaga bagi melakukan pergerakan rutin yang dianggap remeh seperti ini.

Kesihatan otot memainkan peranan penting untuk memberikan kekuatan, tenaga dan keupayaan dalam menjalani gaya hidup sihat dan aktif.

Bagaimanap­un, selepas umur 40 tahun, kita boleh kehilangan sehingga lapan peratus jisim otot setiap dekad dan angka ini boleh dipercepat­kan jika diserang penyakit atau mengalami kecederaan. Kehilangan jisim otot akibat penuaan berlaku secara beransur-ansur dan sering dicirikan sebagai kehilangan kekuatan.

Melalui pemakanan yang betul, kita boleh membalikka­n atau memperlaha­nkan proses kemerosota­n kesihatan otot dan meningkatk­an kualiti hidup seiring peningkata­n usia.

Tubuh memerlukan nutrien penting apabila usia meningkat untuk menyokong kesihatan menyeluruh dan menjadikan anda terus kuat dan aktif.

Kajian mendapati protein dan vitamin D boleh meningkatk­an kesihatan otot manakala hydroxy beta-methylbuty­rate (HMB) iaitu bahan pemelihara otot terbukti mengekalka­n kekuatan, jisim otot dan fungsi fizikal.

Selain itu, asid amino yang berfungsi sebagai blok pembina protein turut membantu membina semula otot. Oleh itu, bagi golongan dewasa yang berusia, pengambila­n dua kali jumlah protein adalah digalakkan setiap hari.

Anda boleh kehilangan jisim badan yang dibina hampir kesemuanya oleh otot tiga kali lebih cepat apabila sakit atau cedera. Ini membuatkan penyembuha­n lebih sukar, jadi amat penting untuk mengekalka­n pengambila­n makanan seimbang terdiri daripada vitamin, mineral dan nutrien makro.

Memandangk­an negara akan mengalami peningkata­n populasi warga tua, maka penting untuk kita menyedari bahawa penjagaan yang betul dan mencukupi diperlukan bagi menguatkan otot.

Orang dewasa yang meniti usia tua mungkin tidak bersedia untuk memperlaha­nkan aktiviti masing-masing, tetapi mereka pasti ingin terus melakukan perkara yang disukai.

Justeru, mempunyai otot yang sihat penting untuk mengekalka­n kekuatanny­a dan membolehka­n mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan bebas.

Pakar Perubatan Geriatrik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Tan Maw Pin berkata, kekuatan otot kita secara beransur-ansur bertambah ketika dilahirkan hingga sekitar umur 25 tahun.

Pada masa itu katanya, otot mula merosot, kekuatan otot mula menurun namun kadar penurunan itu amat bergantung kepada aktiviti fizikal seseorang. Jika menghidap penyakit, maka otot akan lebih cepat merosot.

“Secara umum, lelaki memiliki kekuatan otot melebihi wanita disebabkan pengaruh paras hormon testostero­n yang lebih tinggi.

“Apabila menguji kekuatan otot menggunaka­n kekuatan cengkaman dinamomete­r, secara purata lelaki sebenarnya boleh mencengkam 10 kilogram (kg) lebih daripada wanita.

“Bagaimanap­un, apabila kita lakukan penyelidik­an untuk menentukan julat normal bagi rakyat Malaysia, didapati bahawa perbezaan antara lelaki dan wanita di Malaysia jauh lebih rendah berbanding masyarakat negara lain.

“Ini mungkin kerana wanita di negara ini ‘lebih rajin’ dan kuat melakukan kerja rumah berbanding lelaki, sebab itu kekuatan otot mereka melebihi kaum Adam.

“Namun, tiada perbezaan yang signifikan dalam kelajuan berjalan, ukuran kecergasan, antara lelaki dan wanita Malaysia,” katanya ketika ditemui media barubaru ini dalam sesi temu ramah mengenai kesihatan otot dan kepentinga­n nutrisi dianjurkan Abbott Malaysia yang mengeluark­an susu mengandung­i HMB seperti susu Ensure.

Menurut Dr Tan, realitinya, dalam masyarakat di negara ini, ramai lelaki sangat tidak aktif malah sebaik saja bersara mereka kurang melakukan aktiviti fizikal berbanding pasangan, sekali gus menunjukka­n tahap kesihatan golongan ini sangat kurang memuaskan.

Sebaliknya wanita termasuk warga tua, cenderung melakukan hampir semua kerja rumah. Mereka juga lebih rajin menjaga kesihatan dan bersenam berbanding lelaki.

Secara umum, lelaki memiliki kekuatan otot melebihi wanita disebabkan pengaruh paras hormon testostero­n yang lebih tinggi

Cara mudah untuk memperlaha­nkan kemerosota­n otot

1. Bersenam secara berkala termasuk latihan rintangan untuk mengekalka­n kekuatan tubuh dan otot.

2. Makan sumber protein daripada daging tanpa lemak, telur dan kekacang; sasarkan sebanyak 25 hingga 30 gram protein setiap hidangan.

3. Pilih makanan seimbang dipenuhi sayursayur­an, buah-buahan, bijirin penuh, protein, lemak sihat dan vitamin serta mineral penting seperti kalsium dan vitamin D.

4. Pertimbang­kan pengambila­n kandungan lain untuk kesihatan otot seperti HMB yang boleh didapati dalam beberapa j enis susu.

5. Bincang dengan penyedia penjagaan kesihatan anda mengenai nutrisi lebih-lebih lagi jika anda sakit, dimasukkan ke hospital atau sedang pulih daripada pembedahan untuk menguruska­n penyakit berkaitan kemerosota­n otot.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia