Harian Metro

Muzik segar serasi judul

-

Lirik lagu Muda berkisar mengenai usia dari kanak-kanak hingga dewasa

Lagu: Muda

Artis: Altimet feat Kidd Santhe

Komposer: Kidd Santhe & Akmal Mirwana Lirik: Altimet & Kidd Santhe

Edaran: Warner Music Malaysia

Kalau anda penat dan ‘rimas’ dengan lagu meleleh, berentak perlahan dan cuma berkisar mengenai cinta, lagu baru berjudul Muda hasil kolaborasi Altimet bersama Kidd Santhe ini tentunya satu alternatif.

Dari segi muzik, lagu ciptaan Kidd Santhe dan Akmal Mirwana ini nyata berbeza berbanding lagu sedia ada.

Muzik ‘up beat’ dan segar yang ditampilka­n sangat serasi dengan judul lagunya.

Tidak cukup sekali, lagu ini akan berputarpu­tar di minda kerana rentaknya yang ‘cathcy’.

Kalau anda peminat Mirwana, tentunya anda pernah mendengar lagu berjudul Esok Menanti yang dihasilkan pada 2012.

Namun, lagu itu diberi nafas baru hasil susunan muzik oleh Kidd.

Menurut Altimet, lagu Esok Menanti sepatutnya dimuatkan dalam albumnya pada tahun terbabit.

“Walaupun tak berkesempa­tan dimuatkan dalam album Kotarayaku, melodi lagu itu tetap bermain dalam fikiran saya.

“Saya kemudian menghantar lagu itu kepada Kidd dan sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikann­ya,” katanya.

Rap lantunan Altimet tak perlu dipertikai­kan lagi. Tentunya ada mesej dan jalan cerita menarik yang disampaika­nnya.

Dari segi lirik, ia berkisar mengenai usia muda dari zaman kanak-kanak sehinggala­h dewasa.

Di YouTube, video muzik Muda mencatat hampir 200,000 tontonan.

Menariknya, video muzik Muda penuh warna-warni dan penggambar­annya dijalankan di Malang, Indonesia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia