Harian Metro

Tuntut ganti ambulans rosak

-

Port Dickson: Kira-kira 20 penduduk Linggi berkumpul sambil memegang sepanduk di hadapan Klinik Kesihatan Linggi di sini, pagi semalam menuntut pihak berkenaan menggantik­an ambulans yang rosak sejak empat bulan lalu.

Mereka mendakwa klinik kesihatan berkenaan mempunyai sebuah ambulans tetapi rosak sekali gus menimbulka­n kesukaran bagi penduduk jika berlaku kecemasan.

Penduduk, S Sankar, 34, berkata berlaku beberapa kes yang menyebabka­n pesakit meninggal dunia kerana lewat dibawa ke hospital berikutan tiada perkhidmat­an ambulans di klinik kesihatan itu.

Katanya, kejadian terbaharu minggu lalu apabila seorang wanita di Kampung Tampin, Linggi meninggal dunia kerana ambulans yang datang dari luar lewat tiba.

“Sebelum itu, seorang penunggang motosikal maut apabila lambat dibawa ke hospital kerana terpaksa menunggu ambulans dari Rantau atau Pasir Panjang,” katanya yang menuntut perkara itu diselesaik­an segera.

Katanya, penduduk Linggi melebihi 10,000 orang dan sepatutnya kemudahan di klinik kesihatan itu diberi keutamaan untuk diselesaik­an oleh pihak berkaitan.

Seorang lagi penduduk, R Arumugam, 58, berkata kerajaan perlu memandang serius isu kebajikan penduduk terutama berkaitan keperluan menggantik­an ambulans yang kerap rosak sejak empat tahun lalu itu.

“Saya sendiri pernah membantu menolak ambulans yang gagal dihidupkan untuk membawa pesakit ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Akhirnya pesakit itu terpaksa dihantar dengan menaiki kenderaan awam.

“Kami amat berharap ambulans yang rosak ini diganti segera. Jangan buat kami seperti tidak penting kerana sudah berlaku beberapa kes termasuk kegagalan membawa ke hospital menyebabka­n ibu yang melahirkan anak meninggal dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk Linggi menyertai demonstras­i menuntut ambulans baharu.
SEBAHAGIAN penduduk Linggi menyertai demonstras­i menuntut ambulans baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia