Harian Metro

Cabul budak dalam tandas

- Mohd Husni Mohd Noor cnews@nstp.com.my

Seorang pekerja kedai warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak, di sini selepas mengaku bersalah kerana mencium dahi dan mulut kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di dalam tandas sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada 19 Jun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali memerintah­kan tertuduh, Zulham Syahputra, 26, menjalani hukuman penjara berkenaan bermula dari tarikh tangkapan pada 20

Jun lalu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(d), Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didapati mencium dahi dan mulut mangsa bagi tujuan seksual di dalam tandas restoran tempatnya bekerja di Shah Alam, Selangor.

Mangsa yang ketakutan kemudian menolak suspek dan berlari ke meja makan sebelum memaklumka­n kejadian itu kepada ibu dan bapa angkatnya.

Susulan kejadian itu, bapa angkat mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 20 Jun. Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya hukumannya diringanka­n kerana perlu menyara keluarga di Indonesia.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nordalina Ali memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

„ Pekerja warga Indonesia mengaku bersalah

Mahkamah Tinggi, di sini menetapkan 29 Ogos ini sebagai tarikh mendengar keputusan berhubung pembatalan petisyen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dikemukaka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap calon PKR, Dr S Streram.

Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azimah Omar membuat ketetapan selepas responden kedua dan ketiga iaitu Pegawai Pilihan Raya DUN Rantau, Amino Agos Suyub dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) membuat bantahan terhadap pembatalan petisyen dalam prosiding yang berlangsun­g, semalam.

Sehubungan itu, responden kedua dan ketiga akan dibicaraka­n pada 12, 13, 14, 27 dan 28 September serta 1 dan 2 Oktober depan.

Jika permohonan Mohamad selaku responden pertama diluluskan mahkamah, beliau tidak dibicaraka­n namun jika gagal bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu perlu hadir perbicaraa­n selama tujuh hari bersama Amino Agos serta SPR.

Dalam prosiding hari pertama, kelmarin, Mohamad diwakili lima peguam iaitu Datuk Hafalizam Harun, Syed Faisal Syed Abdullah, Abu Bakar Isa Rahmat, Yazid Mustaqim dan Iqhmal Syafiq Azim manakala Dr Streram diwakili Muhammad Hanif Kathri Abdullah, Muhammad Rafique Rashid Ali, GP Sreekant dan S Sathia.

Ketika berhujah, Syed Faisal meminta mahkamah meluluskan permohonan Mohamad berikutan petisyen dikemukaka­n Dr Streram tidak mengikut peraturan.

 ??  ?? ZULHAM dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
ZULHAM dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
 ??  ?? MOHAMAD bersama isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Seremban.
MOHAMAD bersama isterinya, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Seremban.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia