Harian Metro

Tak ada bukti kukuh

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@nstp.com.my

„ Dakwaan syarikat produk anti-HFMD mujarab tak berasas

Dakwaan sebuah syarikat pengeluar kononnya produk anti-penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang dipasarkan syarikat itu berkesan seperti dilabelkan adalah tidak berasas berikutan tidak ada bukti kukuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, atas keperluan untuk memastikan masyarakat tidak keliru terutama ketika penularan jangkitan HFMD yang melanda negara, syarikat terbabit dinasihatk­an mengeluark­an kenyataan tuntutan Anti HFMD/Flu bagi pasaran di Malaysia.

Menurutnya, kenyataan tuntutan itu boleh digantikan dengan yang lebih umum serta bersesuaia­n pada label produk bagi mengelakka­n kekeliruan kepada orang awam.

“Produk ini untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan­nya dengan menyembur pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng muka.

“Memandangk­an produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, ia bukan di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftara­n di bawah agensi berkaitan di bawah kementeria­n ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan susulan pihaknya menerima aduan mengenai produk berkenaan di pasaran iaitu produk penyahjang­kitan atau pembunuh kuman yang mendakwa memberi pertahanan sepenuhnya daripada virus HFMD dan Influenza A.

Katanya, produk itu diperbuat daripada mineral yang diaktifkan dan syarikat pengeluar dengan jelas melabelkan, ia boleh membunuh dengan serta-merta 99.99 peratus virus HFMD dan Influenza A.

 ?? Dr Noor Hisham Abdullah ?? Produk ini untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan­nya dengan menyembur pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng muka”
Dr Noor Hisham Abdullah Produk ini untuk kegunaan luaran dan kaedah penggunaan­nya dengan menyembur pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng muka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia