Harian Metro

Dua rumah kebajikan terima zakat

-

Subang: Dua rumah kebajikan di sini, semalam menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Affin Islamic Bank Berhad melalui program #HMKotakRez­eki2018.

Rumah kebajikan berkenaan iaitu Rumah Nur Sakinah dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari masing-masing menerima sumbangan RM3,500.

Sumbangan zakat perniagaan berkenaan bertujuan memudahkan pengurusan seharian rumah kebajikan berkenaan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategik Affin Islamic Jozaimah Johan Ali berkata, pemberian sumbangan berkenaan sebahagian daripada perolehan pendapatan tahunan bagi tahun lalu.

“Ia juga program tanggungja­wab sosial (CSR) tahunan Affin Islamic dan tahun ini saja 72 rumah kebajikan serta maahad tahfiz dikenal pasti melalui program #HMKotakRez­eki2018.

“Sebanyak RM288,000 peruntukan disalurkan melalui program #HMKotakRez­eki2018 dan ia adalah sebahagian daripada RM3 juta jumlah zakat perniagaan yang dibayar bagi tahun 2017,” katanya ketika ditemui pada sesi penyerahan wang sumbangan kepada dua rumah kebajikan berkenaan.

Turut hadir, Ketua Jabatan Pembanguna­n Produk Affin Islamic Zurina Ayu Samsudin dan Ketua Biro NSTP Shah Alam, Rafidah Mat Ruzki.

Sementara itu, wakil Rumah Nur Sakinah Aqilah Abu Bakar, 28, berkata, pihaknya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Affin Islamic serta akhbar Harian Metro (HM) yang prihatin dengan usaha rumah kebajikan itu, dengan menyampaik­an berkenaan.

“Melalui sumbangan ini, kita dapat gunakan bagi menampung bayaran sewa serta kos penyelengg­araan rumah ini,” katanya.

Kedua-dua rumah kebajikan itu antara penerima #HMKotakRez­eki2018 sepanjang Ramadan lalu.

sumbangan

 ??  ?? JOZAIMAH (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Pengurus Rumah Nur Sakinah, Aqilah Abu Bakar (dua dari kanan).
JOZAIMAH (tiga dari kiri) menyerahka­n sumbangan kepada wakil Pengurus Rumah Nur Sakinah, Aqilah Abu Bakar (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia