Harian Metro

Menjerit saban hari didera anak saudara

-

Bukit Mertajam: “Setiap kali menjelang malam, saya terdengar bunyi bising dan jeritan di belakang rumah,” kata seorang lelaki mahu dikenali sebagai Wan, 20-an yang juga jiran kepada wanita warga emas mangsa dera anak saudaranya di Taman Siakap, Seberang Jaya.

Menurutnya, dia baru setahun berpindah dan memang pernah melihat warga emas yang juga cacat penglihata­n itu berada di belakang rumah ketika siang hari.

“Hampir setiap hari kami sekeluarga akan mendengar bunyi bising wanita terbabit dimarahi ahli keluargany­a di belakang rumah.

“Bunyi bising itu dipercayai kerana wanita berkenaan tidak mahu dimandikan terlebih dulu sebelum dia dibenarkan masuk ke rumah berikutan dia membuang air kecil dan besar dalam pakaiannya,” katanya.

Menurutnya, selain itu, dia juga pernah beberapa kali mendengar bunyi seperti dipukul, namun enggan mencampuri urusan jirannya.

“Saya memang tidak mahu masuk campur urusan orang lain kerana ahli keluarga terbabit juga kurang bergaul dengan orang sekeliling.

“Bagaimanap­un, saya agak terkejut apabila mendapat tahu ahli keluargany­a ditahan polis kerana mendera wanita warga emas berkenaan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Deva, 50-an berkata, dia pernah melihat wanita warga emas terbabit di belakang rumah dengan keadaan basah kuyup dari tingkat dua rumahnya.

“Saya difahamkan, wanita itu tinggal di kawasan sama namun rumahnya disewa kepada orang lain dan kemudian dibela anak saudaranya.

“Namun, mereka kurang bergaul dengan penduduk dan saya difahamkan ada jiran mengadu serta merakam video wanita itu yang dibiarkan di belakang rumah terbabit sebelum diserahkan kepada wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

 ??  ?? JIRAN mangsa menunjukka­n belakang rumah tempat wanita warga emas dibiarkan bersendiri­an oleh anak saudaranya ketika mereka keluar bekerja di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
JIRAN mangsa menunjukka­n belakang rumah tempat wanita warga emas dibiarkan bersendiri­an oleh anak saudaranya ketika mereka keluar bekerja di Taman Siakap, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia