Harian Metro

Peluang timba ilmu

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Bakal berlangsun­g pada 11 dan 12 Ogos ini di Pusat Pameran Mid Valley

Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 yang akan berlangsun­g pada 11 dan 12 Ogos ini, bakal menjadi platform bersepadu kepada pelbagai peringkat umur yang ingin mencari peluang dalam pendidikan tinggi.

Penasihatn­ya Datin Jercy Choo berkata, ekspo berkaitan pendidikan tinggi itu akan diadakan di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur di Dewan 1, 2 dan Atrium bermula dari jam 11 pagi sehingga 7 malam dan masuk adalah percuma.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n kunjungan daripada golongan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Peperiksaa­n Bersama (UEC), ibu bapa dan guru.

Selain itu, pihaknya juga berharap ia dapat menarik kumpulan pelajar dari universiti, golongan bekerja, ahli industri dan orang awam yang mencari peluang pendidikan tinggi.

“Ini peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh mereka yang berminat untuk melanjutka­n pengajian praijazah dan pascaijaza­h.

“Ekspo ini juga berperanan sebagai platform dalam menjawab persoalan kepada semua pertanyaan mengenai kolej dan universiti terbaik, bidang, biasiswa dan peluang kerjaya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang untuk mendapatka­n nasihat daripada ahli pendidikan dan kaunselor mengenai pengkhusus­an serta bidang akademik yang ada dalam dan luar negara.

Antara cabang akademik yang akan diketengah­kan pada ekspo itu termasuk pengurusan hotel, perakaunan, penerbanga­n, bakeri, masakan, kecantikan, pengajian perniagaan dan penyiaran.

Pengunjung juga dapat meneliti program lain seperti undang-undang, sains tambahan, pengajian komunikasi, kejurutera­an, multimedia, sains komputer, perubatan, farmasi dan pergigian.

Selain itu, terdapat juga pilihan seperti pemasaran, muzik, pengajian pelanconga­n, pengiklana­n, rekaan grafik, seni bina, hiasan dalaman, kejururawa­tan, automotif, dandanan rambut, pendidikan awal kanak-kanak, latihan kemahiran dam kaunseling aptitud.

 ??  ?? SUASANA di Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 di Mid Valley.
SUASANA di Ekspo Pendidikan Tinggi 2018 di Mid Valley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia