Harian Metro

Caruman sukarela

- Nurhayati Abllah dan Farah Adillah bisnes@nstp.com.my

„ Insentif i-Suri galak golongan bekerja sendiri menyimpan untuk masa depan

Suri rumah dan mereka yang tidak berpendapa­tan tetap digesa untuk mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persediaan kewangan pada masa depan.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, kegagalan untuk menyesuaik­an diri dalam menghadapi cabaran boleh membawa kesan lebih serius pada masa akan datang.

“Kita perlu meneroka cara untuk bertindak balas dengan berkesan bagi memastikan ekosistem perlindung­an sosial sentiasa relevan sejajar dengan perkembang­an semasa di pasaran demi kesejahter­aan semua.

“Statistik mendedahka­n 62 peratus daripada 22 juta rakyat Malaysia adalah bekerja sendiri dan tidak dilindungi oleh mana-mana perlindung­an sosial yang formal seperti KWSP atau skim pencen kerajaan,” katanya ketika menyampaik­an ucap tama pada Persidanga­n Keselamata­n Sosial Antarabang­sa (ISSC) 2018 dan pelancaran Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita dan Pembanguna­n Keluarga, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Samsudin berkata, sebagai agensi perlindung­an sosial, jumlah mereka yang tidak dilindungi sebarang perlindung­an adalah sangat membimbang­kan.

“Ia satu fakta menyedihka­n kerana ramai dalam kalangan rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan mencukupi sebagai persediaan bagi persaraan,” katanya. Malah, katanya, kadar celik kewangan di Malaysia adalah rendah iaitu 36 peratus, sekali gus berada di belakang Singapura dan Taiwan.

“Kurang pemahaman yang bijak mengenai kewangan menjadikan kita lebih cenderung membuat keputusan perbelanja­an yang buruk seterusnya membawa kepada paras hutang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai pelancaran i-Suri, beliau berkata, ia dilancarka­n bagi memberi peluang kepada golongan suri rumah dan membantu mereka menikmati keselamata­n sosial berkualiti selain meningkatk­an keselamata­n kewangan seperti dinikmati ahli KWSP.

i-Suri akan menjadi sebahagian daripada inisiatif caruman sukarela KWSP yang ditubuhkan untuk golongan bekerja sendiri dan tanpa pendapatan tetap.

Katanya, insentif itu adalah selaras dengan fokus KWSP untuk mengurangk­an jurang pendapatan serta keselamata­n sosial, dan inisiatif kerajaan ini adalah langkah positif ke arah itu.

“Caruman sukarela ini seharusnya menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak dilindungi skim perlindung­an sosial yang formal untuk menyimpan bagi hari tua mereka,” katanya. ASEAN wajar mengambil peluang daripada perang perdaganga­n di antara China-Amerika Syarikat (AS) dengan menjalinka­n kerjasama lebih rapat menerusi aktiviti perdaganga­n sesama mereka.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking berkata, bagi memastikan hasrat itu dapat direalisas­ikan, pertama negara ASEAN perlu bekerjasam­a bersama-sama dalam membangunk­an ekonomi di rantau ini.

Katanya, selama ini ASEAN banyak menumpukan kepada negara ekonomi besar (China dan AS) untuk membantu dan berdagang dengan mereka.

“Sedangkan kita mempunyai jumlah populasi yang tinggi di dalam ASEAN (641 juta orang) dan seharusnya bekerja bersama-sama.

“Ketika negara lain berdepan pelbagai isu, kita mesti bekerjasam­a dan mengukuhka­n lagi sektor e-perniagaan dan perdaganga­n dua hala di dalam ASEAN.

“Fokus terhadap apa yang kita punyai ketika ini, sementara kita berurusan dengan negara lain yang sedang melalui tempoh sukar,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Perniagaan bertajuk Menyerlahk­an Potensi e-Perniagaan ASEAN di Menara Kementeria­n Industri dan Perdaganga­n Antarabang­sa, di sini.

Hadir sama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

 ?? Darell Leiking ?? Ketika negara lain berdepan pelbagai isu, kita mesti bekerjasam­a dan mengukuhka­n lagi sektor e-perniagaan dan perdaganga­n dua hala di dalam ASEAN”
Darell Leiking Ketika negara lain berdepan pelbagai isu, kita mesti bekerjasam­a dan mengukuhka­n lagi sektor e-perniagaan dan perdaganga­n dua hala di dalam ASEAN”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia