Harian Metro

Sasar RM150 juta langganan Dana Sukuk ESG

-

Kuala Lumpur: BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment) menyasarka­n RM150 juta langganan dana shariah dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dikenali sebagai Dana Sukuk ESG dalam tempoh setahun selepas ia dilancarka­n.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Najmuddin Mohd Lutfi berkata, ia adalah Dana Sukuk ESG dan Dana Sukuk Syariah pertama di dunia diluluskan di bawah panduan Pelaburan Mapan dan Bertanggun­gjawab (SRI).

Beliau berkata, dana yang baru dilancarka­n itu berperanan menyepaduk­an prinsip Shariah dan ESG sebagai strategi dalam portfolio pelaburann­ya.

Selain itu, Dana Sukuk ESG itu juga dapat menentukan prestasi syarikat untuk memilih syarikat terbaik dari segi prestasi kewangan dan bukan kewangan terhadap pulangan sukuk dan profil risiko kredit.

“Dana ESG adalah segmen pelaburan yang mempunyai potensi dan peluang tinggi untuk diterokai yang menawarkan pelabur korporat dan runcit dengan pendapatan tahunan yang lebih stabil.

“Ia juga menyediaka­n akses mudah kepada pelaburan sukuk gred tinggi melalui beberapa pilihan mata wang seperti dolar Amerika Syarikat dan Singapura pada harga 0.25 sen seunit bagi tempoh bermula 1 Ogos hingga 21 Ogos ini,” katanya pada majlis pelancaran Dana Suku ESG BIMB di sini, semalam.

Dana yang ditawarkan oleh anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan potensi pulangan tahunan yang stabil kepada pelabur runcit dan korporat.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi BIMB Holdings Bhd, Tan Sri Amrin Buang; Pengerusi Bank Islam, Datuk Zamani Abdul Ghani; Pengerusi BIMB Investment, Nik Mohd Hasyudeen Yusof dan wakil Arabesque, Gabriel Karageorgi­u.

Najmuddin berkata, pihaknya juga optimis dengan pelancaran dana itu, ia menjadi penanda aras bagi industri pengurusan aset dan dana serta kekayaan di negara ini.

Malah, selari dengan perkara itu, pihaknya mengunjurk­an langganan akan mendapat maklum balas positif dari segmen korporat dan individu syarikat dan individu pada nisbah yang seimbang.

 ??  ?? NAJMUDDIN (kiri) pada pelancaran Dana Suku ESG BIMB, semalam.
NAJMUDDIN (kiri) pada pelancaran Dana Suku ESG BIMB, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia