Harian Metro

DIBAKAR HIDUP-HIDUP

- Agensi

Seorang lelaki mengaku membunuh teman wanitanya dengan membakar mangsa hidup-hidup di Blora, Jawa Tengah.

Media Indonesia melaporkan, mayat Ferin Diah Anjani, 21, yang rentung ditemui penduduk pada 1 Ogos lalu tetapi akibat tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui, jenazah dikebumika­n pihak berkuasa kelmarin.

Menurut Tribunnews, kubur wanita itu digali semula semalam selepas ibu Ferin membuat laporan polis kehilangan mangsa sebelum mengesahka­n mayat itu adalah anaknya berdasarka­n anting-anting yang dipakai mangsa.

Susulan pengesahan identiti mangsa itu polis menahan seorang suspek dipercayai teman lelaki Ferin yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel di Semarang.

Jurucakap polis Blora, Saptono berkata, ketika disoal siasat, suspek berusia 30-an itu mengaku membunuh mangsa dengan membakar wanita itu hidup-hidup.

Katanya, suspek memberitah­u, dia bertemu wanita itu pada malam 31 Julai lalu sebelum mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di Semarang.

“Selepas mengadakan hubungan seks, suspek memukul mangsa hingga tidak sedarkan diri sebelum menutup mulut serta mengikat tangan dan kaki mangsa.

“Mangsa kemudian di bawa ke tepi jalan berhampira­n Desa Sendang Wates sebelum suspek menyiram petrol

„ Wanita ditemui rentung dibunuh teman lelaki

pada badan wanita itu sebelum membakarny­a hidup-hidup,” katanya.

Menurutnya, suspek memberitah­u dia membunuh mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Semarang itu kerana wanita itu enggan menyerahka­n rantai emas yang dipakainya.

Saptono memberitah­u, polis juga mengesyaki suspek mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui mati dibakar di Desa Tinapan, Blora pada 2011.

 ??  ?? MAYAT Ferin ditemui rentung di tepi jalan di Blora pada 1 Ogos lalu. Gambar kecil, suspek yang disyaki membunuh mangsa. - Agensi
MAYAT Ferin ditemui rentung di tepi jalan di Blora pada 1 Ogos lalu. Gambar kecil, suspek yang disyaki membunuh mangsa. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia