Harian Metro

Mahu Pitt bayar nafkah anak

-

Los Angeles: Bintang Hollywood, Angelina Jolie menuduh bekas suaminya Brad Pitt gagal memberi nafkah kepada anak mereka dalam kemelut perceraian pasangan terkenal itu yang sudah berlangsun­g selama dua tahun.

Peguam kepada aktres berusia 43 tahun itu mendakwa semalam, Brad Pitt, 54, tidak membayar ‘nafkah relevan’ untuk anak mereka selama 18 bulan, menurut dokumen mahkamah dilihat laman web DailyMail.com.

“Sehingga sekarang, Pitt belum membayar wang nafkah anak sejak mereka berpisah,” kata peguam Samantha Bley DeJean.

Aktres yang juga pengarah itu mendakwa, suami ketiganya itu gagal memenuhi kewajipan kewangan dan menuntut mahkamah memaksanya menjelaska­n bayaran.

“Memandangk­an perkiraan tidak rasmi pembayaran perbelanja­an anak gagal dipenuhi Pitt selama setahun setengah, Angelina bercadang memfailkan perintah sekatan (RFO) bagi mengaktifk­an arahan nafkah anak,” kata dokumen itu.

Dia meminta hakim menguruska­n satu pertemuan bagi membincang­kan isu berkenaan.

Isu ‘nafkah relevan’ tidak dijelaskan dalam tuntutan itu dan peguam Pitt belum menjawab secara rasmi.

Sumber Pitt membayangk­an kepada Dailymail.com, aktor berkenaan kemungkina­n menentang dakwaan kerana ‘Pitt sentiasa memenuhi komitmenny­a.’

Dokumen itu juga menuntut perceraian mereka dimuktamad­kan tahun ini, dengan Angelina dilihat tergesa-gesa mahu menamatkan hubungan mereka.

Kekayaan bersih Angelina dianggarka­n AS$160 juta (RM652.40 juta), menurut Celebrity Net Worth dan pada 2014, dia berada pada kedudukan ke-74 selebriti dengan pendapatan tertinggi menurut Forbes, manakala Pitt diisytihar­kan memiliki kekayaan bersih AS$240 juta (RM978.59 juta). - Agensi

 ??  ?? PITT dan Angelina bersama enam anak mereka pada 2013. - Daily Mail
PITT dan Angelina bersama enam anak mereka pada 2013. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia