Harian Metro

Imam tular berasal dari Yaman

-

Bali: Seorang imam yang popular selepas satu video menunjukka­n dia tetap meneruskan solat ketika gempa bumi kuat melanda Indonesia, baru-baru ini, dikenal pasti sebagai seorang pendakwah dari Yaman dikenali sebagai Sheikh Arafat Mahnabi Al Yamani.

Identiti imam berkenaan didedahkan oleh pihak pengurusan masjid Asyuhada di Denpasar, Bali, lokasi video berkenaan dirakamkan.

Pihak pengurusan masjid itu ketika ditemurama­h TV One memberitah­u, mereka membuat rakaman video kerana pada malam berkenaan ada sesi kuliah dan program itu akan disiarkan secara langsung melalui Facebook.

“Sheikh Arafat bukanlah imam tetap di masjid ini tetapi dia datang untuk berdakwah dan menyampaik­an kuliah.

“Menurut cerita yang kami dengar, Sheikh Arafat suka bermusafir dan dia boleh tiba-tiba datang dan pergi mengikut kehendakny­a,” katanya.

Bagaimanap­un, pihak pengurusan masjid memberitah­u, Sheikh Arafat enggan ditemurama­h kerana bimbang ia bakal menimbulka­n riak.

Dalam video berkenaan, Sheikh Arafat dilihat memegang tembok menggunaka­n tangan kirinya dan tetap meneruskan solat ketika gempa bumi melanda.

Beberapa jemaah dilihat menghentik­an solat dan berlari keluar dari masjid tetapi Sheikh Arafat tetap berdiri serta terus membaca ayat Kursi.

Lombok dan Bali antara kawasan yang dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud pada malam Ahad lalu yang menyebabka­n lebih 130 orang terkorban. - Agensi

 ??  ?? PETIKAN video menunjukka­n Sheikh Arafat meneruskan solat ketika gempa bumi melanda Bali pada Ahad lalu. - Agensi
PETIKAN video menunjukka­n Sheikh Arafat meneruskan solat ketika gempa bumi melanda Bali pada Ahad lalu. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia