Harian Metro

Rintihan bawah masjid

„ Pasukan penyelamat terdengar suara mangsa di bawah runtuhan sejak Isnin lalu

-

Pasukan penyelamat berusaha membongkar runtuhan Masjid Jamiul Jamaah di Pemenang Barat, berikutan terdengar suara rintihan mangsa yang terperangk­ap sejak Isnin lalu, sehari selepas gempa bumi 6.9 magnitud melanda Lombok.

Ketika gempa melanda, lebih 100 jemaah berada dalam masjid dua tingkat itu, sama ada mengikuti kelas agama atau solat Isyak.

Sebahagian besar jemaah sempat melarikan diri sebelum masjid berkenaan ranap, namun lebih 10 mangsa terperangk­ap dengan saksi memberitah­u mereka terdengar jeritan meminta tolong dalam gelap berikutan elektrik terputus.

Penduduk berjaya menyelamat­kan tujuh orang dari runtuhan termasuk seorang lelaki yang kemudianny­a meninggal dunia.

Mereka bagaimanap­un, tidak pasti jumlah mangsa yang masih terperangk­ap, namun ada jemaah yang ingat seorang wanita dikenali sebagai Inak Salmah, 60, tidak keluar dari masjid dengan kali terakhir dilihat berada dekat pintu masuk sebelah kanan.

Kelmarin, anggota penyelamat masih mendengar suara mangsa yang merintih dan batuk di bawah runtuhan.

Penyelamat sukarelawa­n, Fathul Azim, yang mengetuai gerakan berkata:“Kami memanggil nama mangsa dan dibalas dengan rintihan serta batuk membuktika­n ada mangsa yang masih hidup selepas penduduk terdengar suara meminta tolong sejak Isnin lalu.

“Mangsa berkemungk­inan wanita berusia sekitar 40 hingga 60 tahun.”

Namun, sehingga petang kelmarin, mereka masih belum menemui mangsa berkenaan.

“Sangat sukar kerana masjid dua tingkat ini ranap sama sekali.

“Kami menggali lubang di tempat kubah berada, memotong besi

“Satu-satunya cara, lubang bekas kubah kita gali. kita lakukan pemotongan besi untuk sampai ke lokasi terakhir mangsa dijangka berada,” katanya.

Bagaimanap­un, semalam, suara itu sudah tidak kedengaran lagi dan pasukan pencari menemui satu mayat wanita yang belum diketahui identitiny­a.

Penyelaras Pasukan Kecemasan Pemenang, Lukman Solehudin berkata, mayat itu hancur dengan wajahnya sukar dikenali dan tidak pastikan sama ada ia wanita yang suaranya kedengaran sebelum ini.

 ??  ?? KEADAAN Masjid Jamiul Jamaah di Pemenang Barat, Lombok, yang ranap sama sekali. - Agensi
KEADAAN Masjid Jamiul Jamaah di Pemenang Barat, Lombok, yang ranap sama sekali. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia