Harian Metro

Budak 11 tahun mangsa rogol teman sepermaina­n ‘Datanglah ambil...’

- Agensi

Seorang budak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai sembilan budak lelaki berusia antara 10 hingga 15 tahun yang juga teman sepermaina­nnya di Tolitoli, Sulawesi Tengah.

Kejadian berlaku Februari lalu, namun keluarga mangsa hanya membuat laporan polis Isnin lalu.

Berikutan itu, polis menahan 14 kanak-kanak lelaki terbabit untuk siasatan.

Menurut laporan Detik News, bagaimanap­un, lima kanak-kanak terbabit sudah diserahkan kembali kepada keluarga mereka kerana berusia bawah 12 tahun.

Ketua Polis Tolitoli, M Iqbal Alqudusy berkata, kanak-kanak terbabit tidak boleh didakwa kerana bawah umur 12 tahun.

“Sebahagian­nya kami serahkan kembali kepada keluarga kerana mengikut undang-undang, tidak boleh didakwa,” katanya.

Tiga daripada lima kanak-kanak terbabit berusia 11 tahun dan dua lagi berumur 10 tahun.

Dua daripada empat lagi yang boleh dikenakan tindakan undang-undang berusia 13 tahun, manakala bakinya berumur 15 dan 14 tahun.

Menurut Iqbal akta kanak-kanak hanya membenarka­n mereka yang berusia antara 12 tahun hingga 18 tahun didakwa.

“Siasatan mendapati budak lelaki terbabit mengaku sering menonton video lucah di telefon bimbit sehingga ketagih dan ingin mencuba,” katanya. - Agensi

Seorang pemilik bakeri yang baik hati menawarkan kek percuma kepada seorang lelaki yang menceroboh masuk kedainya kerana percaya ‘pencuri’ berkenaan terdesak dan tidak mampu membelinya, lapor media tempatan.

Wanita yang cuma dikenali sebagai Wang itu berkata, dia pada mulanya membuat laporan polis selepas mendapati kedainya dipecah masuk, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, dia menarik balik laporan itu selepas

„ Pemilik bakeri murah hati tawar kek percuma untuk ‘pencuri’

rakaman kamera keselamata­n menunjukka­n tiada apa-apa diambil, lapor Jiangsu Television.

Rakaman menunjukka­n lelaki berusia 30-an itu memasuki kedai berkenaan di Nanjing pada petang Rabu minggu lalu sebelum terus pergi ke kaunter pameran kek.

Menurut South China Morning Post, dia melihat empat kek yang dipamerkan sebelum dia mengambil satu, namun kemudian sedar ia bukan kek sebenar.

Lelaki itu kemudian menyimpan semula ‘kek’ berkenaan dan meninggalk­an premis itu.

“Bukannya dia mahu mencuri wang, sebaliknya mungkin cuma mahukan kek. Saya rasa keluargany­a terlalu miskin dan dia tidak mampu membelinya.

“Kalau anda benar-benar perlukan kek hari jadi untuk anak kamu, beritahu saja kami. Datang atau telefon saja, kami sedia memberikan­nya percuma.

“Semua orang melalui kesusahan, namun kadangkala sukar meminta bantuan,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n lelaki itu meneliti kek di kaunter. - Agensi
RAKAMAN kamera keselamata­n menunjukka­n lelaki itu meneliti kek di kaunter. - Agensi
 ?? Wang ?? Kalau anda benar-benar perlukan kek hari jadi untuk anak kamu, beritahu saja kami. Datang atau telefon saja”
Wang Kalau anda benar-benar perlukan kek hari jadi untuk anak kamu, beritahu saja kami. Datang atau telefon saja”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia