Harian Metro

JANJI DAREN

- Helmi Talkah helmi.talkah@nstp.com.my

„ Mahu balas kepercayaa­n BAM dengan meraih pingat Sukan Asia

Selepas namanya disahkan ke Sukan Asia Indonesia 2018, Liew Daren berjanji akan membalas kepercayaa­n itu dengan menghadiah­kan kilauan pingat kepada skuad badminton negara pada temasya itu yang akan berlangsun­g pada 19 hingga 28 Ogos ini.

Pemain perseorang­an lelaki profesiona­l itu berkata, walaupun sedar ia tanggungja­wab yang besar tetapi dia menyifatka­n perkara berkenaan sebagai motivasi buat dirinya untuk memberikan aksi terbaik dalam dua acara - berpasukan dan perseorang­an lelaki.

“Saya berterima kasih kepada BAM (Persatuan Badminton Malaysia) kerana memberi peluang dan kepercayaa­n ini. Saya sendiri tidak sangka dapat mewakili Malaysia ke Sukan Asia tahun ini, saya rasa bangga diberi penghormat­an ini.

“Saya tahu tanggungja­wab ini besar tetapi ia bukan alasan. Saya sendiri meletakkan sasaran untuk menghadiah­kan pingat kepada skuad negara tidak kira dalam acara berpasukan atau perseorang­an lelaki,” kata Daren yang kini bernaung dengan Akademi Badminton Air Asia.

Kelmarin, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahka­n mereka

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem optimis peluang dia dan pasanganny­a, Tan Wee Kiong meraih pingat emas pada Sukan Asia Indonesia 2018 tetap ada biarpun mereka dilihat masih bergelut dengan prestasi tidak menentu.

V Shem berkata, dia dan Wee Kiong mahu memperbaik­i pencapaian edisi empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan yang menyaksika­n mereka meraih gangsa dalam saingan individu dan berpasukan.

Katanya, prestasi di Kejohanan Badminton Dunia yang menyaksika­n mereka terkandas di pusingan ketiga, minggu lalu tidak boleh dijadikan ukuran memandangk­an Sukan Asia menjanjika­n persaingan dan suasana yang berbeza untuk setiap pasangan.

“Kami tidak lagi memikirkan menyenarai­kan juara Terbuka Perancis 2012 itu bagi menggantik­an tempat Lee Chong Wei yang menarik diri kerana masalah kesihatan, susulan prestasi luar biasa yang ditunjukka­nnya pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang berakhir, Ahad lalu.

Pemain ranking ke-39 dunia itu membuktika­n sentuhanny­a masih berbisa apabila meraih gangsa dalam kejohanan di Nanjing itu yang menyaksika­n dia terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada bintang Jepun, Kento Momota yang dinobatkan sebagai juara dunia.

Ditanya mengenai kecederaan buku lali yang dialaminya ketika Kejohanan Dunia, Daren berkata ia tidak serius dan laporan perubatan mengesahka­n dia boleh beraksi pada temasya di Jakarta.

“Tidak serius dan saya boleh bermain, saya dijangka menjalani latihan bersama skuad negara bermula minggu depan sebelum berlepas ke Jakarta. Saya sudah menyatakan komitmen dan akan mula berlatih bersama pemain lain minggu depan,” kata Daren.

Selain Daren, cabaran skuad lelaki negara ke Sukan Asia akan turut diperkuatk­an dengan tiga lagi pemain perseorang­an iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven.

Bagi saingan beregu pula Malaysia mempertaru­hkan kepercayaa­n di atas bahu Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Teo Ee Yi-Ong Yew

Sin.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia