Harian Metro

Skuad renang berirama jalani latihan ‘keras’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Latihan keras termasuk mendengar lagu sama sambil menggayaka­n rutin lebih 10 kali setiap hari diharap mampu membina daya ketahanan atlet renang berirama negara dalam menghasilk­an persembaha­n terbaik di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Menurut jurulatih renang berirama negara, Long Yan

walaupun terpaksa melalui perkara sama setiap hari, anak buahnya tidak memiliki pilihan dan itu harga yang perlu mereka bayar jika mahu melakar keputusan cemerlang di temasya itu nanti.

“Kita akan cuba melakukan yang lebih baik berbanding Sukan Asia Incheon (2014). Ketika itu kita hanya menduduki tempat ketujuh dalam acara duet bebas (Katrina Ann Abdul Hadi-Zylane Lee). Jadi kita berharap kali ini mampu untuk mencatat keputusan lebih baik melalui gandingan Zylane-Gan Hua Wei,” katanya ketika ditemui semalam.

Ujarnya, sebelum berlepas ke Jakarta 25 Ogos ini, mereka mempunyai tempoh selama tiga minggu lagi untuk mempersiap­kan diri terutama dalam aspek ketahanan jangka panjang.

“Kami harus fokus kepada ketahanan jangka panjang kerana itu adalah kelemahan paling ketara buat perenang kita. Kami berlatih dua sesi dalam satu hari dan sentiasa melakukan rutin yang berulang-ulang untuk membolehka­n mereka mempunyai tahap ketahanan paling baik.

“Paling banyak kami pernah melakukan rutin dan memainkan lagu yang sama dalam sesi latihan adalah sebanyak 10 kali dan ada kalanya bergantung kepada

(gambar),

fizikal mereka,” kata Long Yan.

Selain acara duet bebas, atlet negara juga mengambil bahagian dalam acara duet teknikal melalui gandingan Hua Wei-Foong Yan Nie.

Bagaimanap­un, Long Yan masih perlu berhati-hati dalam setiap sesi latihan yang dilakukann­ya setiap hari kerana tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada anak buahnya terutama sekali Zylane.

“Zylane baru saja sembuh daripada kecederaan bahu yang dialaminya tahun lalu di Sukan SEA. Dia mula berlatih sejak Mei dan setakat ini sudah menunjukka­n kemampuan bahawa dia mampu menggalas tanggungja­wab besar di Jakarta.

“Walaupun tempoh yang ada terlalu singkat namun kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyiapkan­nya. Dia masih lagi sakit di bahagian bahu dan doktor menjelaska­n kecederaan itu tidak mampu sembuh sepenuhnya. Dia masih menjalani proses pemulihan dan dalam masa sama turut berlatih seperti biasa,” kata jurulatih kelahiran China itu.

Sedar acara berkenaan sering dikuasai China, Jepun dan Kazakhstan, Long Yan menyasarka­n anak buahnya untuk menumpaska­n pencabar terdekat seperti Uzbekistan serta Singapura.

 ??  ?? AKSI skuad renang berirama negara pada Sukan SEA 2017.
AKSI skuad renang berirama negara pada Sukan SEA 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia