Harian Metro

Tujuh atlet jadi sandaran

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

„ Skuad olahraga pertaruh Irfan, Nauraj dan Hup Wei untuk raih pingat di Sukan Asia

Kali terakhir skuad olahraga negara menyumbang­kan pingat di temasya Sukan Asia adalah pada 2006 di Doha menerusi atlet lompat bergalah wanita, Roslinda Samsu dan Noraseela Khalid dalam acara 400 meter lari berpagar.

Kini olahraga mempertaru­hkan sekali lagi tujuh atlet, lima lelaki dan dua wanita untuk cuba mengembali­kan sinar di temasya itu.

Melihat pada senarai atlet yang disenaraik­an, pasukan olahraga negara boleh menyandark­an harapan kepada atlet lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin

dan juga dua jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei.

Menurut ketua jurulatih, Zainal Abas, ketiga-tiga mereka berpotensi untuk menyumbang sekurang-kurangnya satu pingat.

Ia berdasarka­n kepada prestasi semasa atlet dengan Irfan akan turun sebagai pemenang pingat perak di Kejohanan Olahraga Asia yang lalu.

Manakala Nauraj dan Hup Wei turut berpotensi berbuat demikian seandainya berada di prestasi terbaik ketika hari pertanding­an.

(gambar)

“Harapan terbaik diletakkan kepada Irfan untuk menang sebutir pingat. Berdasarka­n ranking Asia, Irfan kini berkeduduk­an ranking ketiga Asia.

“Penyertaan­nya dalam siri latihan dan pertanding­an di luar negara diharapkan mampu memantapka­n lemparanny­a. Dia mungkin berpeluang dan perlu memastikan tiga lemparan awal tidak terbatal seperti yang berlaku di Komanwel lalu,” katanya.

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) turut menyenarai­kan kuartet 4x100m ke Sukan Asia atas tiket kategori B.

Zainal berkata, jika diberi peluang tiada masalah untuk mereka layak ke final biarpun sukar untuk menghadiah­kan pingat apabila perlu berdepan dengan pelari dari negara Asia yang lain terutama Jepun, Qatar dan China.

 ??  ?? AKSI Nauraj ketika menyertai Olahraga KL Open di MSN Bukit Jalil.
AKSI Nauraj ketika menyertai Olahraga KL Open di MSN Bukit Jalil.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia