Harian Metro

Skuad ragbi sedia lakar kejutan

- Mohd Khairie Khalid khairie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Memperbaik­i pencapaian di tempat kesembilan ketika edisi Sukan Asia empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan menjadi misi utama skuad ragbi 7 sebelah (7s) lelaki negara pada temasya sama di Indonesia, kali ini.

Malah skuad ragbi negara juga bersedia menyahut cabaran Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) untuk melakar kejutan dengan meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Ia berikutan program berterusan dilakukan selepas kejayaan merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (2017) selain dapat mengumpulk­an pemain dalam tempoh yang lebih lama.

Pemain negara juga didedahkan dengan penampilan di temasya Sukan Komanwel, Gold Coast, Australia pada April lalu yang menjadi sebahagian daripada persiapan ke Sukan Asia, Indonesia.

Sebelas pemain yang membantu negara bergelar juara rantau Asia Tenggara tahun lalu serta gabungan pemain baharu turut menjadi kekuatan buat Malaysia bagi merealisas­ikan impian berkenaan.

Begitupun hanya 12 pemain terbaik daripada 18 secara keseluruha­n akan dipilih malah sebagai persiapan terakhir skuad kebangsaan menyertai Kejohanan Ragbi Jemputan Asia 7 Sebelah di Sapporo, Jepun yang berlangsun­g baru-baru ini.

Meskipun diundi dalam kumpulan B bersama juara bertahan, Jepun dan dua negara lagi iaitu Taiwan dan Indonesia, Malaysia dilihat berpeluang mara ke pusingan suku akhir dan menamatkan saingan sekurang-kurangnya di tempat keempat.

Skuad ragbi perlu memenangi dua perlawanan dan ia tampak mampu ditunaikan kerana di atas kertas, Malaysia pernah menewaskan Taiwan serta berada di ranking lebih tinggi berbanding tuan rumah, Indonesia.

Di peringkat kumpulan, Jepun adalah lawan sukar untuk dicabar skuad negara tetapi Malaysia mampu menamatkan saingan selaku naib juara kumpulan. Korea Selatan, Hong Kong, Sri Lanka dan China pula antara yang bakal menjadi pesaing utama dalam temasya kali ini.

Pengurus pasukan, Muhammad Zyuraidi Abdul Majid berkata Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya meletakkan sasaran sekurang-kurangnya pingat gangsa.

“Insya-Allah kita akan cuba yang terbaik kerana kita sudah memulakan program selepas Sukan SEA dan menyambung program untuk mencapai sasaran. Secara realistik kita cuba mencapai penamat empat terbaik kerana misi kita juga membaiki pencapaian empat tahun lalu.

“Bagi saya skuad kita sudah cukup baik kerana mempunyai jangka masa lebih panjang serta dapat mengumpulk­an pemain lebih lama. Kita sedia sahut cabaran KRM dan cuba mendapatka­n pingat di Indonesia,” katanya ketika mengulas mengenai cabaran di Indonesia.

Ketika temasya sama di Guangzhou, China pada 2010, Malaysia menamatkan saingan di tempat kelima secara keseluruha­n dengan gelaran juara keseluruha­n menjadi milik Jepun.

 ?? Muhammad Zyuraidi Abdul Majid ?? CHEF De Mission kontinjen Malaysia Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua kanan) bersalaman dengan pemain ragbi negara. Bagi saya skuad kita sudah cukup baik kerana mempunyai jangka masa lebih panjang serta dapat mengumpulk­an pemain lebih lama”
Muhammad Zyuraidi Abdul Majid CHEF De Mission kontinjen Malaysia Sukan Asia 2018, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (dua kanan) bersalaman dengan pemain ragbi negara. Bagi saya skuad kita sudah cukup baik kerana mempunyai jangka masa lebih panjang serta dapat mengumpulk­an pemain lebih lama”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia