Harian Metro

SKAM tempat ketiga lompat tali berirama

- Azahar Hashim sukanteam@nstp.com.my

Kulim: Pasukan Lompat Tali Berirama Sekolah Kebangsaan Air Merah (SKAM,

yang mewakili Kedah menduduki tempat ketiga kategori sekolah rendah pada pertanding­an Lompat Tali Berirama Konvensyen Health Promotion In Learning Institutio­ns (HePiLi) Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Utama Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), baru-baru ini.

Konvensyen yang disertai 16 pasukan dari seluruh negara membabitka­n penyertaan daripada sekolah rendah dan menengah serta universiti awam membabitka­n tujuh kategori.

gambar)

Bagi kategori sekolah rendah, pasukan dari Sarawak menduduki tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai RM1000, tempat kedua pasukan Perlis (RM800), sementara Kedah di tempat ketiga (RM500).

Jurulatih pasukan SKAM, Mohd Ab Rahman Ibrahim berkata, pasukannya amat berbangga apabila dipilih untuk memakili Kedah.

Katanya, pasukannya sudah mempersiap­kan diri untuk menyertai kejohanan itu, namun mungkin bukan rezeki mereka lagi untuk muncul juara dan mengucapka­n tahniah kepada pasukan yang menang.

“Semua pasukan mempamerka­n aksi yang menarik bagi memenangi hati juri terutama ketika melakukan aksi kemahiran berpasanga­n yang mana banyak pasukan mengambil peluang menunjukka­n kemahiran pasukan masing-masing.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada SKAM yang terdiri daripada murid tahun lima dan enam yang membuat kejutan pada kejohanan kali ini apabila muncul tempat ketiga dan ini petanda yang baik bagi sebuah pasukan serta semangat yang ditonjolka­n,”katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia