Harian Metro

Arrizabala­ga penjaga gawang termahal dunia?

-

Eden Hazard yang dikaitkan dengan pemindahan ke Real Madrid kembali bersama pasukan kendalian Maurizio Sarri selepas terlepas aksi Perisai Komuniti yang menyaksika­n mereka tewas di tangan Manchester City selain turut menjaringk­an gol dalam penentuan penalti itu. AFP London: Maurizio Sarri memuji pemain Athletic Bilbao, Kepa Arrizabala­ga di tengah-tengah kehangatan laporan media yang melaporkan Chelsea sudah memutuskan untuk menandatan­gani penjaga gol Sepanyol itu dengan rekod pembelian termahal dunia, 71 juta pound (RM374.57 juta).

Penjaga gol Chelsea dari Belgium, Thibaut Courtois tidak menyertai sesi latihan pada Isnin dan Selasa yang dikatakan sebagai satu percubaan pemindahan ke Real Madrid dan kini, Chelsea dikaitkan dengan pemain berusia 23 tahun itu sebagai pengganti.

“Saya tidak tahu (jika Courtois akan berpindah), saya mahu berbincang dengan kelab dan kemudian kami akan memutuskan­nya,” kata jurulatih dari Itali, Sarri selepas Chelsea terikat 0-0 dengan Olympique Lyonnais dalam satu aksi persahabat­an di Stamford Bridge.

“Saya pernah menyaksika­nnya (Kepa) setahun lalu, tanggapan pertama saya terhadapny­a ialah dia seorang penjaga gol yang sangat bagus, sangat muda tetapi begitu bagus.”

Media Sepanyol dan Inggeris melaporkan Arrizabala­ga akan berlepas dari Madrid ke London semalam untuk melengkapk­an pemindahan­nya.

Namun, The Blues harus membayar klausa pelepasan apabila Athletic tidak bersedia dengan perjanjian berkenaan.

Jika langkah itu menjadi kenyataan, dia akan menjadi penjaga gol termahal di dunia, mengatasi pemain Liverpool dari Brazil, Alisson yang membabitka­n kos 65 juta pound (RM342.92 juta) selepas berpindah dari AS Roma, bulan lalu. - Reuters

 ?? Maurizio Sarri ?? ARRIZABALA­GA calon hangat ganti Courtois.
Maurizio Sarri ARRIZABALA­GA calon hangat ganti Courtois.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia