Harian Metro

Fulham pinjam Chambers

-

London: Kelab yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Fulham menandatan­gani pertahanan Arsenal, Calum Chambers

secara pinjaman, umum kelab dari Barat London itu, semalam. Pemain berusia 23 tahun yang baharu saja melanjutka­n kontrak baharu bersama Arsenal pada bulan lalu itu menyertai Fulham, empat lagi sebelum Liga Perdana membuka tirai dengan mereka bakal berdepan Crystal Palace di Craven Cottage.

“Saya cukup teruja. Saya menyaksika­n banyak perlawaseb­arang

(gambar)

nan Fulham pada musim lalu, saya suka cara mereka bermain bola sepak, mereka memiliki pengurus yang bagus, ia sebuah kelab yang hebat. Jadi, saya memang teruja untuk menempuh musim baharu ini,” kata Chambers.

Skuad bimbingan Slavisa Jokanovic itu layak beraksi di Liga Perdana selepas kemenangan 1-0 dalam aksi playoff ke atas Aston Villa pada Mei, selepas mereka gagal meraih kedudukan kelompok dua terbaik Liga Kejuaraan, musim sebelumnya.

Chambers yang memiliki tiga penampilan bersama England dan mampu beraksi sebagai bek kanan, bek tengah atau pemain tengah, menghabisk­an musim 2016/17 bersama Middlesbro­ugh selepas dipinjamka­n ke kelab berkenaan.

“Semua orang boleh melihat bagaimana Fulham beraksi, mereka bergerak dari bawah untuk mengatur gerakan,” katanya. “Saya memang gemar dengan gaya permainan begitu, jadi saya fikir memang ia sesuai dengan corak permainan saya,”

Chambers kini dikatakan sedikit bergelut untuk mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama di Emirates sejak Unai Emery mengemudi Arsenal.

Dengan adanya Laurent Koscielny, serta pemain baharu - Sokratis Papastatho­poulos, Shkodran Mustafi dan sensasi remaja, Dinos Mavropanos yang berebut untuk mendapat tempat, Chambers membuat pilihan mudah ke Fulham untuk beraksi secara lebih kerap. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia