Harian Metro

Warga kerja PKNS dapat tiket percuma

- Ruwaida Md Zain sukanteam@nstp.com.my

Shah Alam: Warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bertuah apabila menerima 4,000 tiket percuma bagi menyaksika­n perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, 25 Ogos ini.

Pemberian itu daripada Jawatankua­sa The Sultan Selangor Cup (TSSC) sempena ulang tahun PKNS ke-54 tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata, tiket percuma itu sebagai penghargaa­n kepada seluruh kakitangan dan anak syarikat kumpulan yang berkhidmat dengan PKNS.

“Tiket ini akan diagihkan kepada persatuan dan kelab PKNS, anak Syarikat PKNS, Akademi PKNS FC dan Kelab Penyokong PKNS FC.

“Jelajah publisiti dan penyerahan tiket ini sebagai rangka promosi untuk jabatan kerajaan serta swasta Kuala Lumpur: Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee (gambar kecil) mengakui belum mendapat gandingan terbaik untuk mengemudi jentera tengah bagi mengharung­i kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu depan.

Ketiadaan pemain tonggak Nor Azam Azih yang tidak mendapat pelepasan Pahang dan Syamer Kutty Abba yang mengalami kecederaan menyebabka­n terutama yang memberi tajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Jelajah Publisiti Piala Sultan Selangor 2018 yang disertai PKNS FC dan penyerahan tiket oleh Pengerusi TSSC, Tan Sri Abd Karim Munisar di Ibu Pejabat PKNS, di Seksyen 14, di sini, semalam.

Noraida berkata, pihaknya menaruh harapan agar Piala Sultan Selangor kembali ke Selangor.

Dalam pada itu, Abd Karim berkata, pihaknya optimis sekurang-kurangnya 70,000 penonton akan membanjiri stadium bagi menyaksika­n perlawanan itu.

“Antara acara disediakan termasuk persembaha­n artis, cabutan bertuah selain tumpuan terarah kepada misi Selangor bagi merebut kembali tiga piala yang terlepas ke tangan Singapura bagi kategori sekolah bawah 16 tahun, aksi veteran dan pilihan Selangor-Singapura,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal berkata, pemainnya akan berlatih seperti biasa dan akan memberikan fokus sewajarnya menjelang perlawanan itu.

“Saya harap pemain dapat mengekalka­n momentum walaupun kami sedang mengharung­i aksi Piala Malaysia,” katanya. beliau tidak mempunyai banyak pilihan di bahagian tengah.

“Di bahagian serangan kita ada beberapa pemain yang boleh isi slot mana-mana posisi, di bahagian tengah kita hanya ada beberapa pilihan saja, saya nampak ada sedikit kelemahan di sana,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pusat semalam.

Buat kali pertama, Kim Swee menguji barisan 22 pemainnya dalam aksi persahabat­an

 ??  ?? PEMAIN B-23 negara menjalani latihan di Wisma FAM semalam.
PEMAIN B-23 negara menjalani latihan di Wisma FAM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia