Harian Metro

Serik kampung terbakar tiga kali

-

Sandakan: Kebakaran kali ketiga di Kampung Karamuntin­g, di sini, pada 1999 yang memusnahka­n lebih 60 rumah menjadi iktibar kepada penduduk untuk mewujudkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

PBS Kampung Karamuntin­g yang kini hampir berusia 20 tahun mempunyai 26 anggota terdiri penduduk sekitar Batu Sapi dengan sebahagian ahlinya pernah menjadi mangsa kebakaran.

Seorang daripadany­a ialah Oliah Juani, Pengerusi PBS Kampung Karamuntin­g yang pernah kehilangan rumah dalam kebakaran di kampung terbabit, 19 tahun lalu.

Oliah berkata, selepas kebakaran itu, wujud kesedaran bagi menubuhkan pasukan bomba sukarela bukan saja bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat memadam kebakaran, malah mendidik penduduk khususnya di kawasan rumah atas air yang lebih terdedah kepada potensi kebakaran agar mencegah tragedi.

Kebakaran di Kampung Karamuntin­g pertama kali direkodkan pada 1976 yang membabitka­n lebih 100 rumah, disusuli tiga rumah pada 1998 dan 60 rumah pada 1999.

Pada tahun 2014, sekali lagi berlaku kebakaran di perkampung­an atas air itu membabitka­n lebih 30 rumah dan kira-kira 200 penduduk terjejas.

Seorang lagi sukarelawa­n PBS Karamuntin­g, Abdul Rajak Abdul Wahab, 29, juga mengalami nasib sama apabila rumah didiami di Kampung Gas, Batu Sapi dua kali terbakar, masingmasi­ng pada 1994 dan terbaharu pada Jun lalu.

Abdul Rajak yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah kilang minyak kelapa sawit, di sini, menyertai pasukan sukarelawa­n itu bermula tahun lalu kerana mahu menyumbang tenaga dalam khidmat masyarakat terutama membabitka­n kebakaran.

Dalam kejadian terbaharu di kampungnya, Abdul Rajak berkata, dia sendiri berada di lokasi bagi membantu pasukan bomba memadam kebakaran.

 ??  ?? ABDUL Rajak (kiri) bersama rakannya yang menyertai Pasukan Bomba Sukarela Karamuntin­g sejak tahun lalu.
ABDUL Rajak (kiri) bersama rakannya yang menyertai Pasukan Bomba Sukarela Karamuntin­g sejak tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia