Harian Metro

Tercampak tiga meter

- Erika George cnews@nstp.com.my

„ Penunggang motosikal terbunuh selepas bertembung lori treler

Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas tercampak tiga meter ke bahu jalan sejurus bertembung dengan sebuah lori treler dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Bintulu - Tatau, di sini, jam 9.30 malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak, Superinten­dan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahka­n mangsa, Richard Eli Zi Cheng, yang beralamat di Flat Kediaman Pine Tatau di sini, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah dialaminya.

Bagaimanap­un katanya, pemandu lori treler berkenaan dan kelindanny­a dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila motosikal mangsa jenis Yamaha Lagenda yang datang dari arah Bintulu menuju ke Tatau hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentang­an dan bertembung lori treler berkenaan.

“Impak pelanggara­n menyebabka­n motosikal mangsa remuk, malah pemuda itu sendiri terpelanti­ng kira-kira tiga meter,” katanya.

Sementara itu, Alexson menasihatk­an pengguna jalan raya, terutama penunggang dan pembonceng motosikal sentiasa berhati-hati, selain berwaspada dengan keadaan sekeliling, terutama ketika menggunaka­n beberapa laluan di Bintulu, Sibu dan Mukah yang terbabit dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Paling penting, setiap pengguna jalan raya harus sentiasa berhemah dan mematuhi papan tanda amaran diletakkan di sepanjang laluan bagi memgelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Mayat mangsa kemudianny­a dibawa ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat.

 ??  ?? ORANG ramai membantu mangsa selepas terlibat dalam kemalangan.
ORANG ramai membantu mangsa selepas terlibat dalam kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia