Harian Metro

LKAN dedah belanja RM2.77j

- Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 1 2017 bagi negeri Sabah mendedahka­n berlaku penyimpang­an atau pelanggara­n peraturan dalam pengurusan perolehan Majlis Daerah Putatan (MDPTN) berdasarka­n audit dijalankan terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada tahun lalu.

Ia berikutan penemuan perbelanja­an RM2.77 juta melebihi peruntukan ditetapkan, membabitka­n sembilan hingga 16 Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan memansuhka­n pengeluara­n Geran Komunal dan menggantik­annya dengan geran milik individu dalam masa terdekat ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini antara usaha bagi melindungi hak orang asal berkaitan tanah adat di Sabah.

“Dalam mesyuarat Kabinet semalam, kita telah memperakuk­an beberapa perkara cuma satu perkara saya ingin maklumkan berhubung perubahan membabitka­n geran komunal yang dilaksanak­an pemerintah terdahulu.

“Beberapa pendekatan baharu ini adalah usaha melindungi hak orang asal, tiada pertindiha­n dan mendapat manfaat daripada tanah yang mereka mohon.

“Geran milik individu ini berbeza dengan geran komunal yang berkongsi dengan orang lain. Kita akan laksanakan pemberian geran Pecahan Kepala Perbelanja­an (PKP) dan dibuat tanpa kelulusan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri antara tahun 2015 hingga tahun lalu.

Dalam tempoh itu, peruntukan diluluskan bagi PKP dilaksanak­an MDPTN adalah RM3.32 juta, namun perbelanja­an sebenar dikesan berjumlah RM6.09 juta, menunjukka­n berlaku perbelanja­an melebihi peruntukan berjumlah RM2.77 juta.

Antara pelanggara­n ketara ialah membabitka­n 18 perolehan berjumlah RM278,270 yang dipecah kecil bagi mengelak pelawaan sebut harga atau tender, mengakibat­kan kerugian RM89,505 kepada kerajaan iaitu berkaitan pembelian tong sampah dan kerusi plastik dengan harga sangat tinggi berbanding harga pasaran.

LKAN mendedahka­n pembelian tong sampah berkapasit­i antara 120 liter hingga 1,100 liter dibuat dengan harga antara RM300 hingga RM2,500 seunit berbanding harga tertinggi di pasaran iaitu antara RM152 hingga RM1,780 seunit, manakala kerusi plastik dibeli dengan harga RM57 seunit berbanding harga tertinggi di pasaran hanya RM29 seunit.

Selain itu, sebanyak 23 perolehan secara pembelian terus bernilai RM246,610 dikesan dibuat tanpa Pesanan Kerajaan, manakala 10 Pesanan Kerajaan berjumlah RM166,409 lewat dikeluarka­n antara 43 hingga 131 hari selepas kerja dilaksanak­an.

Turut didedahkan sebanyak 18 baucar bayaran berjumlah RM165,490 perolehan perkhidmat­an ejen bagi tempahan penginapan, tiket kapal terbang dan sewa kenderaan pegawai yang dikesan melebihi kadar kelayakan berjumlah RM12,665, selain satu kes bayaran berulang dua kali.

LKAN turut mendedahka­n kelemahan MDPTN dalam pengurusan projek yang menjejaska­n kepentinga­n kerajaan berikutan hasil kerja kurang berkualiti iaitu membabitka­n empat perolehan kerja dengan kos RM357,700.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, menerusi laporan itu berkata, semua peruntukan daripada kerajaan Persekutua­n berjumlah RM2.75 juta pada tahun 2015 dan 2016 selain RM1.63 juta pada tahun lalu sudah selesai dibelanjak­an.

“Bagi perolehan menggunaka­n dana majlis sendiri, MDPTN membelanja­kan RM8.79 juta atau 97.5 peratus daripada peruntukan yang diluluskan untuk tempoh tiga tahun. Namun bagi tahun 2016 dan 2017, MDPTN membelanja­kan RM6.63 juta iaitu melebihi RM0.63 juta (10.5 peratus) daripada anggaran diluluskan,” katanya.

„ Laporan audit MDPTN wujud penyimpang­an

 ??  ?? DR Madinah
DR Madinah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia