Harian Metro

Mansuh Geran Komunal ganti geran individu

-

milik individu itu secepat mungkin dalam tahun ini,” katanya selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Kabinet negeri di sini, semalam.

Pengeluara­n geran komunal atau pemilikan tanah secara berkelompo­k diperkenal­kan kerajaan negeri terdahulu pada tahun 2010 untuk membantu masyarakat luar bandar memiliki dan mengusahak­an tanah.

Pendekatan berkonsepk­an sebidang tanah dengan keluasan tertentu yang dikongsi sekelompok penduduk kampung itu bermatlama­t memastikan tanah yang diberi kerajaan dapat terus diwarisi dan dibangunka­n oleh penduduk sendiri atau kerjasama agensi berkaitan.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, kerajaan akan memastikan orang asal yang sudah membuat permohonan berpuluh tahun lalu akan mendapat tanah terbabit dan tanah adat itu boleh dipindah milik kepada anak-anak mereka.

“Selain itu, antara pembaharua­n lain dalam pemberian geran tanah individu ialah tanah tidak boleh dicagar dan hanya boleh dipindah milik dalam kalangan keluarga,” katanya.

Mohd Shafie berkata, sebanyak 96 geran komunal dikeluarka­n setakat ini membabitka­n keluasan 60,907.29 hektar.

“Ia memberi manfaat kepada 271 kampung di 15 daerah seluruh Sabah. Ada antara geran komunal ini bekerjasam­a dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) selain syarikat swasta,” katanya.

dengan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia