Harian Metro

‘Tak pernah didekati’

-

„ Wakil Rakyat dari GPS nafi dakwaan bakal tinggalkan PBB untuk sertai PRIBUMI

memperkuku­hkan diri sendiri,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kewujudan parti baru itu, di sini semalam.

Mawan yang juga bekas Menteri Pembanguna­n Sosial dan Urbanisasi Sarawak berkata, berita mengenai kewujudan PRIBUMI hanya diketahuin­ya melalui media dan laman sosial termasuk aplikasi WhatsApps. “Kita perlu memahami satu perkara, kejadian sebegini banyak berlaku yang datang entah dari mana. Politik adalah seperti itu. Ada masanya orang menjadi sangat teruja tetapi jangan terlalu teruja, kita tahu apabila terlalu teruja, kita akan goyah dengan mudah,” katanya.

Sejak seminggu lalu, tular di laman sosial mengenai spekulasi sekurang-kurangnya sembilan wakil rakyat GPS, khususnya PBB, masing-masing enam Ahli Parlimen dan tiga ADUN, berhasrat meninggalk­an parti berkenaan untuk menyertai PRIBUMI demi kelangsung­an karier politik mereka.

Malah, jurucakap kepemimpin­an tertinggi parti baharu itu turut mendakwa perkara berkenaan turut berada dalam pengetahua­n Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg merangkap Presiden PBB dan Pengerusi GPS.

Sementara itu, Mawan menyatakan beliau sedang memantau perkembang­an spekulasi itu sebelum memberi sebarang kenyataan lanjut mengenainy­a.

Malah, sebagai ahli politik veteran dan sudah menempuh pelbagai pengalaman jatuh bangun, beliau cukup memahami situasi itu dan berhak tidak bertindak balas.

“Saya tidak akan membuat kenyataan dan tidak juga membuat penilaian. Perkara sebegini akan reda dan kemudian kita akan kembali waras. Tetapi apabila kita cuba menggambar­kan imej sedemikian dan cuba mencari kredit untuk diri sendiri supaya lebih baik daripada orang lain, kita akan terlalu banyak bercakap.

“Bukan kerana ia adalah benar, sebaliknya untuk mendapatka­n manfaat politik,” katanya.

 ??  ?? MAWAN
MAWAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia