Harian Metro

Petani padi bukit diingatkan elak pembakaran terbuka

- Mohd Latif Ahmad cnews@nstp.com.my

Komuniti petani di Sarawak dalam aktiviti penanaman padi bukit diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka yang dikhuatiri boleh menyebabka­n masalah jerebu.

Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Peter Sawal berkata, banyak kaedah lain boleh diguna pakai bagi pembersiha­n kawasan untuk tujuan pertanian, sekali gus mengelak kebergantu­ngan terhadap pembakaran terbuka yang dikhuatiri mencemarka­n alam sekitar.

“Jika pembakaran terbuka tidak dibendung, ia memburukka­n lagi jerebu rentas sempadan dari Kalimantan Barat,

Indonesia yang dikesan mula melanda beberapa kawasan di Sarawak.

“Biarpun petani kita kebiasaann­ya mengambil peluang musim kering untuk melakukan pembakaran terbuka termasuk yang tidak di bawah kawal selia NREB, kita tetap menyaranka­n mereka mengawal kegiatan itu bagi mengelak punca jerebu domestik,” katanya.

Mengulas mengenai jerebu yang mula kelihatan di Kuching, Peter berkata, ia dibawa jerebu rentas sempadan dari Kalimantan Barat.

“Berdasarka­n imej satelit situasi jerebu di kedua-dua bahagian ini, perubahan arah tiupan angin dari barat daya ke arah tenggara sambil membawa asap jerebu akibat kegiatan membakar dicerminka­n dalam jumlah tompok panas yang banyak dikesan di seberang sempadan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tan Sri William Mawan Ikom menafikan spekulasi beliau antara wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bakal angkat kaki menyertai Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) seperti yang tular di laman sosial sejak seminggu lalu.

Bekas Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) itu yang kini bersama PBB berkata, beliau tidak pernah didekati atau ditawarkan menyertai parti baharu itu.

“Tidak, saya tidak pernah dihubungi. Saya tidak mudah didekati dan saya juga melindungi diri daripada semua perkara ini. Ya, kemungkina­n itu sentiasa ada sebab itulah kita perlu

 ??  ?? SENAPANG angin yang ditemui.
SENAPANG angin yang ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia