Harian Metro

Polis jumpa dadah, senapang angin dalam serbuan

-

Serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ensabang Jaya, Balai Ringin, di sini, kelmarin bukan saja menemui dadah malah selaras senapang angin.

Serbuan jam 10.30 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hasil risikan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superinten­dan Aswandy Anis berkata, dalam serbuan itu, tiga lelaki berusia 20 hingga 23 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pemeriksaa­n di rumah berkenaan menemui satu beg mempunyai dua tiub serbuk kristal disyaki syabu.

“Pasukan serbuan kemudianny­a membuat pemeriksaa­n lanjut dan menemui selaras senapang angin disorokkan di dalam bilik di rumah itu.

“Polis turut merampas 136 biji peluru timah yang dipercayai digunakan untuk senapang angin berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Aswandy berkata, semua suspek dibawa ke IPD Serian untuk siasatan lanjut dan ujian urin mendapati mereka positif dadah.

Tambahnya, polis akan menjalanka­n siasatan berhubung pemilikan senapang angin berkenaan sekiranya ia digunakan untuk kegiatan jenayah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Sandakan: Seramai 160 peserta menyertai ekspedisi saintifik Sungai Rawog, di sini, bertujuan meneroka dan mendokumen­tasi kekayaan biodiversi­ti dalam kawasan pemulihara­an itu.

Ekspedisi anjuran Jabatan Perhutanan Sabah bersama syarikat perladanga­n, KTS Plantation Sdn Bhd selama 11 hari bermula semalam turut disertai wakil Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Hidupan Liar, Taman-Taman Sabah dan beberapa agensi lain.

Ketika melancarka­n ekspedisi itu, Ketua Konservato­r Hutan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata, inisiatif itu perlu dicontohi pemegang Unit Pengurusan Hutan (FMU) yang lain dalam usaha memastikan hutan diurus secara berkesan.

“FMU sekarang diurus berdasarka­n prinsip pengurusan hutan lestari (SFM) dan keperluan Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) dengan kerajaan negeri.

“Matlamat utama untuk memastikan sumber kayu dikekalkan berdasarka­n hasil yang mampan, dengan komitmen untuk melindungi sumber semula jadi dan kepelbagai­an biologi, sekali gus meningkatk­an pengetahua­n mengenai pengurusan hutan secara lestari,” katanya.

Sungai Rawog adalah kawasan pemulihara­an merangkumi 3,069 hektar di sepanjang lembah Sungai Rawog dan berfungsi sebagai koridor hidupan liar menghubung­kan Hutan Simpan Deramakot dan sebuah Ia terletak dalam Hutan Simpan Segaliud Lokan yang berkeluasa­n 57,247 hektar dan rizab hutan diuruskan KTS Plantation sejak 1993.

syarikat

perladanga­n.

 ??  ?? SAM (kanan) melancarka­n pelepasan peserta ekspedisi saintifik Sungai Rawog di Ibu Pejabat Perhutanan, di Sandakan.
SAM (kanan) melancarka­n pelepasan peserta ekspedisi saintifik Sungai Rawog di Ibu Pejabat Perhutanan, di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia